Mar 7, 2010

Entri 21: Hati yang mendengar

Nurindah mengucapkan salam.Tak ada jawapan.Dia membuka pintu, kelihatan seorang gadis merenung di luar jendela.Nurindah mengucap salam.Sunyi.Tiada respon, mungkin dia sedang bergayut di telefon.
Nurindah menekan punat tv. Gadis itu datang , menonton sekali.
“Seorang je ke kat rumah hari ni?” Nurindah berbasa basi.
Gadis itu buat tak dengar.Sedikit Nurindah tersinggung.Pekakkah budak ni?Sombong benar.
“Yang lain ke mana?” Nurindah memancing lagi. Kebetulan gadis itu menoleh. Dia menunjukkan jari ke telinga dan mulut , kemudian menggoyangkan jarinya ke kiri ke kanan berulang kali sambil tersenyum.
“Eh?’ Nurindah tidak percaya. Gadis itu berulang kali memberi isyarat yang sama.
Maka fahamlah Nurindah, rakan barunya ini istimewa. Tidak dapat mendengar dan juga bercakap.Pekak dan bisu.Terasa bersalah kerana berburuk sangka.
Dan perkenalan mereka bermula dengan tulisan-tulisan di atas kertas. Gadis itu bernama Yana, boleh menulis walaupun ayatnya agak tungging terbalik. Dan Nurindah mula belajar bahasa isyarat sedikit demi sedikit. Mujurlah waktu sekolah menengah, dia menghafal 26 abjad dalam bahasa isyarat, sekurang-kurangnya dia boleh mengeja perkataan dan Yana memahaminya.
Melihat Yana, Nurindah menjadi insaf. Nurindah , manusia yang sentiasa merungut dan marah apabila ujian menimpa.Dia lupa bahawa Yana mungkin menerima dugaan yang lagi berat.
Ketika dia sesuka hati mengamuk dan marah dengan nasib hidupnya, Yana mungkin terpaksa memendam banyak perkara di dalam hidupnya.
Nurindah tidak pernah sedar bahawa patah-patah perkataan yang keluar dari mulutnya adalah sesuatu yang sukar buat Yana. Nurindah mungkin lupa bahawa setiap kali dia menonton tv, Yana seperti melihat objek empat segi tanpa suara.
Bagi Nurindah bunyi adalah sesuatu yang lumrah dan itu tidak bagi Yana. Untuk mencapai tahap seperti sekarang, Tuhan sahaja yang tahu apa yang Yana telah lalui.
Ketika Nurindah membawa Yana keluar bersiar-siar, dia sendiri boleh melihat bagaimana Yana berusaha keras untuk menjalani kehidupannya.Ketika Nurindah melompat-lompat apabila mendengar bunyi ombak menghempas pantai, dia tidak sedar yang Yana tidak dapat mendengarnya.Tetapi Yana seperti menikmatinya, itu anggapan Nurindah.
Nurindah melihat Yana seperti keajaiban.Mungkin bukan kehidupan yang sempurna, tetapi itulah kesempurnaannya.Demi Tuhan , Dia menciptakan kesempurnaan di sebalik kekurangan.

3 comments:

  1. wahh..nur indah ader kawan baru

    ReplyDelete
  2. byk nyer yg tersirat...:) good job... hehe

    idea yg mencurah2... best nyer menulis.. tp, x berani... mcm mane unid nak ada keberanian tuk menulis?

    kene byk lg membace ker?

    ReplyDelete
  3. heheh..tulis jer , anggap jer blog ini aku yang punya

    ReplyDelete