May 3, 2010

Entri 23 : Janji Nya

Manusia suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia mengeluh. Apabila dikurniakan kesenangan dia kedekut.
Apabila kita bersedih , kita selalu terfikir bahawa kitalah yang paling malang di dalam dunia. Nasib kitalah paling buruk.Kita sangat menikmati kesedihan itu sehingga memudaratkan diri kita sendiri.
Kita bersedih atas kesusahan sehingga kita menuduh Tuhan yang bukan-bukan.Kita rasa seperti Tuhan mengejek kita.Kita rasa seperti Tuhan seronok menyeksa kita.
Kita seperti anak kecil bukan? Menuduh dan memaki ibu kita sewaktu dia memaksa kita makan ubat. “Ibu jahat!!” Benarkan ibu jahat?
Boleh jadi kamu benci sesuatu, tetapi ianya baik untuk kamu.Boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk untuk kamu.
Jadi apa yang perlu dibuat bila diuji.Ujian menyedihkan ubatnya sabar. Manakala ujian yang menggembirakan harus dibalas rasa syukur dan terima kasih. Pahit dan manis.Sedih dan gembira.Sabar dan syukur. Bunyinya sempurna bukan?
Mungkin segala-galanya dirampas dari kita dalam sekelip mata. Mungkin dunia kita hancur sekelip mata. Namun ingat, selagi kita masih lagi hidup kita patut bersyukur.Sewaktu kesedihan perhatikan betul-betul. Ada hikmah yang Tuhan beri.
Raihlah manfaat yang ada.Jangan biarkan kesedihan membunuh kita.Cukuplah segala musibah yang Tuhan beri, tapi jangan ditambah lagi dengan menyeksa diri sendiri. Minta tolonglah pada Tuhan, Dia yang Maha Memberi, Dia juga boleh mengambil. Berdoa dan berserah kepadaNya. Dan janganlah kita kelihatan lemah. Kuatkan semangat.
Bukankah di sebalik kesukaran itu ada kemudahan.
Kita hidup sementara, berputus asa bukanlah penyelesaiannya.Berusaha bertawakallah.
Nurindah menulis…bukan untuk orang lain, untuk dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment