Oct 17, 2010

Entri 32: Hambar

Tangannya mendial, mahu menelefon kawannya. Namun malam-malam begini mungkin sahabatnya yang jauh sibuk. Melayan anak dan suami. Hasratnya mati begitu saja.

Dia mahu mendial lagi. Mahu mendengar cerita.Tetapi jika sang sahabat bertanya apa perkembangan barunya kini, apa yang mahu dijawab.Dia tidak ada cerita.Ceritanya hambar belaka.

Lantas dia meletak gagang, biarlah telefon itu kaku di situ.Dia tidak ada cerita.

No comments:

Post a Comment