Nov 8, 2010

Entri 33: Rama-rama

Cantik.Berwarna warni dan sangat gemalai.

Semua orang menikmatinya. Semua orang memujinya. Bunga dan rama-rama seperti irama dan lagu. Keindahan yang sempurna.

Geli.Jijik dan memualkan.

Jarang sekali yang menyukainya.Jika boleh mahu diracun.Merosak tumbuhan.

Tetapi kita lupa, makhluk yang memualkan itu bakal menjadi rama-rama yang cantik.

Apa agaknya perasaan rama-rama saat kita memujinya padahal dulu dia dihina?

No comments:

Post a Comment