Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Entri 39 : Hujan

Adakah kamu lihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya? Jika Kami kehendaki,nescaya Kami jadikan ia masin, maka mengapakah kamu tidak berterima kasih?                                                          -56 : 68-70

Entri 38 :Sayangilah diri sendiri

Sayangilah diri sendiri.Indahnya ungkapan seringan bicara. Bagaimana?Bagaimana jika sewaktu dia dilahirkan, dia dibuang ke dalam sampah?Dia dilirik anjing liar, dikerumuni semut. Dia dikutip oleh badan kebajikan dan bersama mereka yang senasib dengannya.Dibuang, ditinggalkan , dibenci. Kemudian dia diangkat.Bahagianya cuma seketika, manusia kadang sayangnya tak berpanjangan , hangat-hangat tahi ayam.Dia merempat, dibenci, dijijik. Hari ini saat dia mencari sisa dari tong sampah, dia  terbaca sesuatu, "Sayangilah diri anda.Anda begitu berharga." Dia tercari-cari berapa harganya?Dia dibuang dicemuh dibenci.Dia tidak tahu nilai dirinya.Begitu berhargakah?Alangkah hipokritnya dunia, sayangilah diri jika mahu disayangi.Bagaimana mahu menyayangi diri jika dia begitu dibenci.Bagaimana mahu memaafkan diri jika tiada siapa  yang memaafkan dirinya. Mungkin ayat yang lagi tepat ,"Sayangilah orang lain, semoga anda turut disayangi."