May 8, 2011

Entri 41: Sesuci Maryam

Saya mendengar ceritanya tentang putus cinta.Saya juga mendengar keluhannya tentang kesunyian.Dan saya juga kekadang penat mendengar cerita kehilangan.

Saya tidak tahu nak komen apa.Saya tak ada apa nak komen.Mungkin lebih baik saya menjadi pendengar.
Kalau saya ingin katakan sesuatu, mungkin akan membuatkan rasa sakit hati.Kerana apa yang mereka mahu adalah insan yang sudi mendengar tentang keluh kesah.Jadi mengeluhlah seadanya, mengeluhlah seolah-olah kita ini paling malang.Paling diuji Tuhan.

Kita lupa, bahawa Tuhan menguji kita kerana memangnya dunia ini tentang ujian, samada senang atau susah.
Namun apabila mendengar keluh kesah orang, saya melihat diri saya sendiri.Dahulu saya akui, saya adalah orang yang berputus asa, cepat mengeluh, malah sekarang pun hidup saya masih kelam kabut.Tapi insyaAllah, saya cuba memperbaiki diri.Saya tahu ujian saya banyak, begitu juga orang lain.Bukankah hidup ini ujian?

Saya diuji dengan bapa yang keras hati.Tidak perlu lah saya ceritakan panjang lebar tentangnya, tapi saya tahu mereka yang lain mungkin menghadapinya malah lebih teruk.Tapi saya bersyukur, kerana disebabkan itu  saya sangat berdikari.

Saya anak sulung, dari keluarga miskin.Kadang-kadang saya sedih dan menangis sebab penat.Mungkin sebab itu saya menjadi keras hati.Yang penting sekarang saya mesti  berdoa.Tuhan ini adalah ujian dariMu, maka saya pohon pinjamkanlah saya kekuatan supaya saya tabah.Dan jadikanlah ujian saya sebagai jalan saya ke syurga.

Saya juga belum berkahwin.Dahulu saya agak jealous bila melihat orang lain 'berdating', berkahwin dan beranak pinak.Orang asyik menanya kisah cinta saya yang saya rasa tidak wujud.Kadang-kadang saya penat apabila ditanya bila nak kawin, kenapa tak kawin?Sukar untuk mereka menerima jawapan bahawa ini takdir Tuhan.Kebanyakan manusia lagi suka menghakimi, jadi biarlah.Ajal jodoh di tangan Tuhan.Saya sepatutnya merisaukan tentang ajal kerana ianya mungkin lagi dekat dari jodoh.Mana tahu selepas saya menulis ini saya mati?

Saya berdoa supaya tidak terlibat di kancah zina.Dan jika saya mati, saya berharap saya akan di bawah kategori Maryam binti Imran (walaupun agak mustahil), tapi saya mohon supaya Tuhan membantu saya memelihara maruah saya.

Jika suatu hari saya ditakdirkan berkahwin, dan diharapkan suami saya seorang soleh, maka saya berharap saya dapat menjadi Khadijah.Dan jika ditakdirkan suami saya bukanlah orang baik-baik (Minta dijauhkan), saya mohon pada Tuhan , tabahkan saya seperti Asiyah.

Dan saya mahu menjadi Fatimah, seorang anak yang solehah dan menerima ayah saya seadanya.Ya Allah, ampunkan dosa ibu bapa kami dan selamatkan mereka dari api neraka.

Perempuan walaupun bagaimana keadaan kita, peluang untuk syurga sangat tinggi.Zaman sekarang perempuan terlalu takut menjadi single , sehingga kita sanggup memburu lelaki tanpa kita sedari kita terperangkap ke lubang zina.

Khadijah,Maryam,Fatimah dan Asiyah.Wanita-wanita terhebat dan dijanjikan syurga.Apakah jalan hidup yang kita pilih sama seperti mereka.Apakah kita tabah dan kuat seperti mereka apabila diduga?Dan adakah kita bersyukur?Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.Amin.

p/s: Yang baik itu tentulah dari Tuhan yang Maha Pengasih dan yang buruk itu tentulah dari saya yang pelupa dan jahil.

No comments:

Post a Comment