May 19, 2011

Entri 42 : Hidup yang sempurna

Hidup yang sempurna boleh dicapai jika kita mempunyai empat perkara. Apa itu?

Kenderaan yang pantas.Yang boleh membawa kita ke mana-mana dengan cepat dan pantas.Ferrari atau Merc ?

Rumah yang luas dan besar...mungkin ada kolam renang dua tiga biji dan kuda-kuda peliharaan.

Lampu yang cantik.Mungkin masuk ruang tamu saja dah nampak lampu yang rekaannya berseni-seni dan mewah.

Pakaian yang cantik dan mewah.Sutera?

Sempurnalah hidup ini kalau kita mempunyai semua di atas.Mari kita teliti apa yang dimaksudkan.

Kenderaan yang pantas ialah ketajaman akal fikiran.
 
Rumah yang besar dan luas ialah kesabaran dan kelapangan dada.

Lampu yang cantik dan bercahaya ialah ilmu pengetahuan.

Dan yang terakhir pakaian yang terbaik adalah akhlak yang mulia.

Jadi sudah sempurnakah hidup kita?

No comments:

Post a Comment