Sep 7, 2011

Entri 47: Hati-hati

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)
 Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119)
Al Quran : Al Imran :118-119
Jangan kita percaya orang yang seperti berikut :

  1. Dia suka membuat kerosakan terhadap kita
  2. Dia suka jika kita susah
  3. Dengan jelas dia menyatakan benci dari mulutnya, sedang di dalam hatinya kejahatannya lagi besar
  4. Kita suka sama dia padahal dia tidak suka sama kita
  5. Kita beriman dengan AlQuran padahal dia beriman sebahagiannya
  6. Jika dia berjumpa kita, dia berkata "Kami telah beriman", apabila berpisah dia sangat marah kepada kita
  7. Jika kita mendapat senang, dia akan berdukacita.Jika kita susah, dia bersukaria

No comments:

Post a Comment