Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Entri 60 : Penunggu Lif

Orang gila! Sudah berbulan-bulan menghantui Nurindah.Semuanya bermula apabila Nurindah terserempak dengan seorang lelaki tua berbadan besar di pintu lif. “Duduk tingkat berapa?” Nurindah gugup, mahu dijawab apa ya? Sebelum ini tak pernah pula dia memberitahu tingkat atau alamat rumah kepada lelaki yang tak dikenali. ”Tingkat 4.”Alamak , kenapalah dia menjadi jujur sangat. Apabila lif terbuka, cepat-cepat Nurindah masuk dan orang tua itu  cuma berdiri di luar. Maka setiap petang di waktu yang sama, orang tua tersebut menunggu di kerusi berdekatan lif.Dia tak buat apa-apa cuma merenung dengan cara menakutkan. Maka Nurindah mengubah strategi, menggunakan lif yang lain.Maka selamatlah dia dari renungan yang pelik  untuk beberapa minggu.Cuma kadang-kadang Nurindah kembali menukar lif, orang tua itu masih lagi menunggu di situ etiap petang.Merenung tajam.Oh.. penunggu lif.Maka tak ada cara lain, melainkan menggunakan lif yang lagi satu walaupun terpaksa berjalan jauh

Entri 59: Pilihan Ibu

“Kenapa, adik kerja lasak ke?” Tanya jurujual saat emak berkira-kira tidak mahu memilih rantai tangan yang berjurai-jurai. Rantai tangan Nurindah jatuh , hilang terus tak dapat dikesan beberapa bulan yang lalu.Nurindah terasa kecewa bila rantai emas yang bernilai lebih RM800 hilang begitu sahaja.Lesap duit simpananannya. Kali ini dia mahu membeli lagi, mahu menebus kekecewaannya.Ibu dibawa sekali untuk memilih. “Kerja lasak tu tidak la...”jawab emak, diam ayat tergantung di situ. “Tapi nana.”Sampuk Nurindah. “Ya.Nana.”Emak setuju.Jurujual tergelak.Ya, Nurindah bukanlah pelasak orangnya tapi kurang berhati-hati.Ada sahaja yang tumpah, yang dilanggar, yang terjatuh.Ada sahaja ceritanya, baru-baru ini jam tangannya selamat jatuh di dalam lubang tandas di sebuah pusat membeli belah.Memanglah Nurindah tak boleh dipersalahkan seratus peratus dek jam tangan itu memang sudah rosak, dan selalu tercabut.Tetapi rekod nana nya menghilangkan rantai emas  menyebabkan dia nampak bersalah. “Kamu berk

Entri 58 : Lihat ...

Saat mata buta..kita tak mahu apa-apa melainkan melihat.Kita mahu melihat...kita mahu nampak seperti orang lain. Ketika mata mampu melihat...kita mahu semuanya .Apa yang kita nampak? Warna? Emas? Cinta?Semuanya. Tapi... apakah itu yang kita mahu...apa yang kita lihat?Adakah kita akan mampu melihat selamanya?

Entri 57 : Pasir

Antara perkara yang pernah dilakukan dan sangat membuang masa adalah menegur orang yang sombong. Seperti menuang air di daun keladi Seperti menakung air di pasir Jadi jika banyak perkara seumur hidup kita asyik tak menjadi, jangan mudah melatah menyalahkan orang.Lihat diri sendiri dulu. Kerana selalunya orang sombong selalunya gagal tapi sentiasa bongkak dan menuding jari ke arah orang lain.

Entri 56: Yang Keruh... Bahagian 2

Sila ke Bahagian 1  untuk entri lepas. Selepas tamat pelajaran, saya menganggur lebih kurang sebulan.Allah sahaja tahu bagaimana tertekannya saya, sebab tidak ada lagi PTPTN dan juga tidak ada kerja.Mungkin bagi orang lain, waktu sebulan menganggur apalah sangat tapi bagi saya tidak.Saya tertekan. Saya bertekad ke Kuala Lumpur sebab mendapat tawaran untuk satu kursus.Bayangkan dengan duit tak ada, adik saya sanggup menggunakan biasiswanya untuk menampung kos saya di Kuala Lumpur.Saya beli barang keperluan yang paling minimum dan murah, tapi rupanya dalam keadaan terdesak itu Allah mentakdirkan saya untuk perkara yang lagi baik. Saya ditawarkan untuk kursus latihan yang lain daripada yang saya rancangkan.Bayangkan dalam keadaan kelam kabut saya dikehendaki untuk menghadiri temuduga.Saya diberitahu waktu petang untuk menghadiri temuduga keesokan paginya.Saya bingung, terlampau mengejut dan keliru.Akhirnya saya solat istikharah mohon diberi kekuatan dan petunjuk. Akhirnya dengan k

Entri 55 : Yang Keruh ...[Bahagian 1]

20 Mac 2012. Hampir malam saat sms adik sampai."Hari ni hari lahir emak, tak ingat kah?" Ya, saya betul-betul terlupa, cepat-cepat hantar sms dekat emak.Tapi saya tak sedar yang sms saya tidak dihantar tetapi tersangkut atas masalah teknikal. Malam makin larut saat saya sedar sms saya tidak dihantar.Terus saya telefon emak. "Emak ...selamat hari lahir.Maaf lambat."Saya sedikit bersalah. "Iya.. dah malam pun."Ada nada merajuk di situ. "Maaf... emak ada apa-apa tak yang emak nak?"Saya cuba memujuk. "Tak ada apa.Anak emak semua dah besar-besar.Dah berdikari.Alhamdulillah itupun dah cukup."kata emak.Saya terharu.

Entri 54 : Calon untuk saya

Dia bukanlah yang membuatkan saya tidak boleh hidup tanpanya.Atau lemah tanpanya.Tetapi membuatkan saya sentiasa bersyukur kepadaNya dan kuat. Jika dia mahukan saya kerana kecantikan, mungkin banyak lagi perempuan lain di luar sana lagi layak.Malah jika diberikan seratus wanita cantik pun, saya khuatir ianya tidak memadai. Jika dia mahukan saya untuk menjaga makan dan pakainya, saya yakin banyak orang gaji boleh diupah. Tetapi jika dia mahukan saya untuk menyertainya dalam perjuangan meneruskan hidup, mengutip kasih Ilahi sebanyak-banyaknya, maka saya berharap dia mengira saya sekali dalam pengembaraannya. Saya mahu Tuhan memandang kami dengan pandangan rahmat bila kami saling mengejutkan antara satu sama lain untuk bertahajud.Saya mahu dia lebih mementingkan saya untuk menjadi makmunnya, dari memikirkan apa yang patut dimasak,kain yang perlu dibasuh?Saya mahu dia mendengar dan mengutip pandangan saya ,dan berhenti sejenak saat dia buntu. Saya mahu kami bersama-sama berpeluan

Entri 53: Bahagia

Dia : Apa khabar? Saya: Baik.Kamu? Dia:Bos saya dah tukar.Lagi teruk dari dulu.Saya terpaksa bekerja di rumah and bla..bla.. Setiap kali dia menceritakan tentang dirinya.Semuanya susah...semuanya malang.Rakan-rakan yang mementingkan diri sendiri, tentang rumah sewa, tentang hidupnya.Semuanya malang dan malangnya bukan berpunca dari dia.Semuanya salah orang. Penat.Hidup memang penat.Apabila kita letak kebahagiaan kita bergantung kepada orang lain.Bergantung pada suasana.Padahal bahagia itu terletak di hati.Tanyalah hati.Bukankah Tuhan cuma memberi ujian yang hanya kita mampu tanggung?Semalang mana pun hidup kita, pasti ianya sesuatu yang kita mungkin dapat belajar dan mengatasinya.