Feb 12, 2012

Entri 53: Bahagia

Dia : Apa khabar?
Saya: Baik.Kamu?
Dia:Bos saya dah tukar.Lagi teruk dari dulu.Saya terpaksa bekerja di rumah and bla..bla..

Setiap kali dia menceritakan tentang dirinya.Semuanya susah...semuanya malang.Rakan-rakan yang mementingkan diri sendiri, tentang rumah sewa, tentang hidupnya.Semuanya malang dan malangnya bukan berpunca dari dia.Semuanya salah orang.

Penat.Hidup memang penat.Apabila kita letak kebahagiaan kita bergantung kepada orang lain.Bergantung pada suasana.Padahal bahagia itu terletak di hati.Tanyalah hati.Bukankah Tuhan cuma memberi ujian yang hanya kita mampu tanggung?Semalang mana pun hidup kita, pasti ianya sesuatu yang kita mungkin dapat belajar dan mengatasinya.

No comments:

Post a Comment