Feb 14, 2012

Entri 54 : Calon untuk saya

Dia bukanlah yang membuatkan saya tidak boleh hidup tanpanya.Atau lemah tanpanya.Tetapi membuatkan saya sentiasa bersyukur kepadaNya dan kuat.

Jika dia mahukan saya kerana kecantikan, mungkin banyak lagi perempuan lain di luar sana lagi layak.Malah jika diberikan seratus wanita cantik pun, saya khuatir ianya tidak memadai.

Jika dia mahukan saya untuk menjaga makan dan pakainya, saya yakin banyak orang gaji boleh diupah.

Tetapi jika dia mahukan saya untuk menyertainya dalam perjuangan meneruskan hidup, mengutip kasih Ilahi sebanyak-banyaknya, maka saya berharap dia mengira saya sekali dalam pengembaraannya.

Saya mahu Tuhan memandang kami dengan pandangan rahmat bila kami saling mengejutkan antara satu sama lain untuk bertahajud.Saya mahu dia lebih mementingkan saya untuk menjadi makmunnya, dari memikirkan apa yang patut dimasak,kain yang perlu dibasuh?Saya mahu dia mendengar dan mengutip pandangan saya ,dan berhenti sejenak saat dia buntu.

Saya mahu kami bersama-sama berpeluang masuk di syurga apabila berjaya mendidik anak-anak yang beriman.Saya tidak mahu mendakwanya di akhirat sebagai suami yang dayus, dan saya berharap dia pun berusaha 'merasuah' saya sekarang, kerana di akhirat kelak tiada belas kasihan.Saya juga berharap dia akan mendidik saya supaya tidak tergelincir masuk ke neraka.

Jika berkahwin itu sampai ke anak cucu, biarlah kami bercinta sehingga mati demi cinta Ilahi.Maka jika ingin ditanya siapa calonku, saya rasa Allah lagi arif menentukan untuk saya.

No comments:

Post a Comment