Antara perkara yang pernah dilakukan dan sangat membuang masa adalah menegur orang yang sombong. Seperti menuang air di daun keladi Seperti menakung air di pasir Jadi jika banyak perkara seumur hidup kita asyik tak menjadi, jangan mudah melatah menyalahkan orang.Lihat diri sendiri dulu. Kerana selalunya orang sombong selalunya gagal tapi sentiasa bongkak dan menuding jari ke arah orang lain.
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus.