Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Entri 59: Pilihan Ibu

“Kenapa, adik kerja lasak ke?” Tanya jurujual saat emak berkira-kira tidak mahu memilih rantai tangan yang berjurai-jurai. Rantai tangan Nurindah jatuh , hilang terus tak dapat dikesan beberapa bulan yang lalu.Nurindah terasa kecewa bila rantai emas yang bernilai lebih RM800 hilang begitu sahaja.Lesap duit simpananannya. Kali ini dia mahu membeli lagi, mahu menebus kekecewaannya.Ibu dibawa sekali untuk memilih. “Kerja lasak tu tidak la...”jawab emak, diam ayat tergantung di situ. “Tapi nana.”Sampuk Nurindah. “Ya.Nana.”Emak setuju.Jurujual tergelak.Ya, Nurindah bukanlah pelasak orangnya tapi kurang berhati-hati.Ada sahaja yang tumpah, yang dilanggar, yang terjatuh.Ada sahaja ceritanya, baru-baru ini jam tangannya selamat jatuh di dalam lubang tandas di sebuah pusat membeli belah.Memanglah Nurindah tak boleh dipersalahkan seratus peratus dek jam tangan itu memang sudah rosak, dan selalu tercabut.Tetapi rekod nana nya menghilangkan rantai emas  menyebabkan dia nampak bersalah. “Kamu berk