Skip to main content

Entri 59: Pilihan Ibu

“Kenapa, adik kerja lasak ke?”

Tanya jurujual saat emak berkira-kira tidak mahu memilih rantai tangan yang berjurai-jurai.


Rantai tangan Nurindah jatuh , hilang terus tak dapat dikesan beberapa bulan yang lalu.Nurindah terasa kecewa bila rantai emas yang bernilai lebih RM800 hilang begitu sahaja.Lesap duit simpananannya.

Kali ini dia mahu membeli lagi, mahu menebus kekecewaannya.Ibu dibawa sekali untuk memilih.

“Kerja lasak tu tidak la...”jawab emak, diam ayat tergantung di situ.

“Tapi nana.”Sampuk Nurindah.

“Ya.Nana.”Emak setuju.Jurujual tergelak.Ya, Nurindah bukanlah pelasak orangnya tapi kurang berhati-hati.Ada sahaja yang tumpah, yang dilanggar, yang terjatuh.Ada sahaja ceritanya, baru-baru ini jam tangannya selamat jatuh di dalam lubang tandas di sebuah pusat membeli belah.Memanglah Nurindah tak boleh dipersalahkan seratus peratus dek jam tangan itu memang sudah rosak, dan selalu tercabut.Tetapi rekod nana nya menghilangkan rantai emas  menyebabkan dia nampak bersalah.

“Kamu berkenan yang mana?”Tanya emak, sedang Nurindah membelek seutas rantai tangan.

“Emak pilih la, Nurindah ikut sahaja.”Balas Nurindah tapi matanya dan tangannya tak berhenti membelek rantai tangan berbentu bunga berkerawang.

“Emak minat yang ini.Ini baru nampak muda sikit.Tapi tak boleh pakai hari-hari.Nanti tersangkut merata.”Emak menyuakan rantai tangan berjurai-jurai.

“Umm...”Nurindah membandingkan rantai yang berjurai pilihan emak dan yang berukir kerawang pilihannya.Pilihan emak lagi trendy, pilihannya pula tradisional.

“Haih..kamu tu tanya sahaja emak minat yang mana.Tapi hati kamu sudah lekat yang itu.”Emak bersuara saat Nurindah masih berkira-kira yang berkerawang atau yang berjurai.Akhirnya Nurindah ambil yang berkerawang bukan yang berjurai pilihan emak.

“Kalau yang berjurai, takleh pakai tiap-tiap hari.”Nurindah memberi alasan.

“Yalah tu.”Emak menggeleng sahaja.

“Okay, ini ada tiga beg, pilih lah design yang mana satu berkenan.”Jurujual mengeluarkan 3 buah beg berlainan corak, putih bercorak bulat, oren bercorak bintang dan hijau bercorak lebah.Pilih satu sebagai hadiah dari pembelian.

“Emak pilih la, Nur ikut sahaja.” Suruh Nurindah, dia keliru.

“Okay.”Emak mencapai yang oren.

“Eii...orennya.Ambil yang hijau lah.”Bantah Nurindah.

“Kan emak dah kata.Kamu tanya emak bukan yang sebab kamu nak ikut.Kamu cuma tanya sebab mahu cukupkan syarat sahaja.Padahal kamu sudah ada yang berkenan.” Emak ketawa, sambil mencapai yang hijau.

Balik rumah, Nurindah membelek beg hijau.Eii..hodoh pula pilihannya, terlalu kanak-kanak tadika.Mungkin yang oren tadi lebih menarik.Hatinya sedikit menyesal.

“Kamu bagilah kat Angah.Mana tahu nanti anaknya suka.”Balas ibu, merujuk kepada cucunya yang belum lagi lahir.

Beberapa hari kemudian, saat Nurindah menjemput adiknya di lapangan terbang.

“Ehh..kenapa gelang along tu macam gelang beli di pasar?”Tegur adik.

Nurindah mengeluh lagi.Pilihan ibu...sentiasa yang terbaik walaupun kekadang tidak disedari anak.



Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u