Jun 24, 2013

Entri 62 : Sesumpah

Dalam perjalanan pulang ke kampung.Melalui Lebuh Raya Grik Timur, jalan kebanyakannya berlubang , di kiri kanan penuh dengan ladang kepala sawit.Namun, apalah sangat cabaran tersebut bagi terbakal-bakal pelumba tidak bertauliah yang melalui jalan ini.Tidak kira kereta semewah Ferrari yang kadang-kadang dapat dilihat di sini atau sekecil Kancil yang acap kali di sini.Semuanya bergegas menuju ke destinasi, semuanya mahu  cepat ke depan tidak kira berapa roda sekalipun.

Nurindah memandu kereta kecilnya , menuju ke kampungnya nun di sebalik ladang kepala sawit sana.
Bunyi radio bersaing dengan bunyi bising keretanya.Siapa  menang?Dia tidak peduli.Dia turut ikut    menyanyikan lagu-lagu yang diputarkan tanpa mengambil tahu lirik samada betul ataupun tidak.

Jika denganmu kabur...
Kutak mahu yang jelas.
Jika denganmu hanyut...
Biarlah aku lemas......

Saat ralik  memandu sambil menyanyi tiba-tiba dia perasan ada makhluk kecil di tengah-tengah jalan.
Apa itu?Warna apa itu?Oohh.. sesumpah.Pantas Nurindah mengubah arah! Kuss.. semangat.

Ahh..sesumpah , teknik mu bertukar warna saat menghadapi bahaya di jalan raya sangat tidak membantu.Jika kamu berjaya bertukar saling tak tumpah seperti warna jalan raya, bermakna nyawa kamu di dalam bahaya.

Kami pemandu mahu melihat warna-warna yang terang supaya tidak melanggar sekaligus membunuh kamu,salah satu makhluk Allah yang unik.

Jika melintas jalan lihatlah kiri dan kanan, pastikan warna tubuh mu hijau yang menyerlah atau apa sahaja warna yang terang.Kemudian jika pasti tiada kenderaan, lintaslah dengan pantas.Jangan kamu tercangak-cangak di tengah jalan , memikirkan warna apa yang sesuai untuk dipadankan dengan jalan.
Jika denganmu salah...
Kutak mahu yang benar...
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar...
Lagu tersebut sayup-sayup berkumandang.Hidup ini penuh dengan sindiran dan pengajaran bukan?






No comments:

Post a Comment