Skip to main content

Entri 70 : Mudahkanlah urusannya.


"Nanti jangan lupa beri nombor telefon kawan kamu tu."Pesan emak untuk ke berapa kali. 

"Humm."Nurindah mengemas barang, tak berani dia memandang wajah emak.Bimbang rahsianya terbongkar. Dalam hatinya Allah saja yang tahu, buatnya terjadi apa apa pada dirinya, bagaimana dia mahu mengadap emak?Adakah dia termasuk dalam golongan anak derhaka? 

Esok dia akan bertolak, penerbangannya dari Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam.Penerbangan akan transit di KLIA sebelum ke Bali.Dijangkakan akan tiba di Bali 2.30 pagi. Mujurlah Aini,kawannya telah menukar hotel atas namanya, jadi dia tak perlu lagi risau tentang penginapan di sana. Mungkin dia akan berehat sebentar di lapangan terbang Ngurah Rai sehingga hari cerah. 

Esok juga dia bakal sibuk di pejabat, syarikatnya mengadakan Teknikal Simposium di mana dia menjadi salah seorang ahli jawatankuasa. Hari yang sibuk, dia akan bertolak ke lapangan terbang dari pejabat.

                
*********************

Khamis.Dub dab dub dab.Dia tak sempat fokus pada pelan pengembaraannya. Dia tak sempat pun duduk di mejanya, sekejap sekejap dia turun menguruskan isu makanan.Ya, dia hanyalah ahli jawatankuasa bahagian makanan, satu satunya.Tadi panik sekejap bila mesin kopi berhenti berfungsi tiba tiba di saat ramai peserta yang beratur mengambil makanan. Mujur ada ahli jawatankuasa bahagian lain yang banyak menolong. Lega...dia betul betul merasa lega.Rupanya kebanyakan staff menyukai kopi daripada teh.

TIKKKKK...TIKKK...Telefon bimbitnya berbunyi. 

"Dear Guest, your booked flight on MH867 / 20NOV 2014 has been cancelled . Now, you are booked to depart on MH 867 / 21NOV 2014 departing from KUALA LUMPUR at 0335 hours and arriving DENPASAR, BALI at 0635 hours. For details call 1300883000/+60378433000. REF:KYTJC . Sorry for the inconvenience caused."

Oh...Alhamdulillah berita baik, maknanya dia akan sampai pukul 6.30 pagi di Bali.Tak perlulah dia tidur dia lapangan terbang, pukul 6.30 pagi menurut kawannya sudah terang benderang, jadi mungkin dia boleh mula merayau rayau di sekitar Bali. Kalau nak tidur pun cuma beberapa jam di KLIA.

TIKKKKK...TIKKKKK. ..

"Salam Nur,
Zahra ni.Saya nak request sesuatu ni."

Eh, Zahra salah seorang kawan baiknya.Agak berminggu tak dengar berita.Kenapa pula? Kebelakangan ni banyak berita mengejutkan berlaku.Aini tak jadi ke Bali kerana cuti sakit. Bila ditanya, Ain tak mahu menjawab jadi Nurindah menjangkakan sesuatu yang buruk . Sekarang Zahra pula tiba tiba menghantar mesej yang agak pelik.

"Kenapa Zahra?"

Belum sempat beberapa minit dia membalas mesej, "Zahra Calling...", terpampang di skrin telefon bimbitnya.

"Hallo ...Assalamualaikum Nur."Suara Zahra yang ceria kedengaran.

"Ye, apa khabar?"

"Saya nak bagi tau sesuatu kat awak ni..."Zahra tergelak.

"Huh.."Suspense apa pula ni?

"Saya dah pindah KL ni. "

"Hah!!" Nurindah terkejut, tak ada angin tak ada ribut tiba tiba kawannya dah pindah? Tak bagi tau dulu pula tu.

"Ye...sorry weh. Rushing sikit, tak sempat nak bagi tau awak."

Nurindah masih lagi terkejut.

"Awak bila nak turun KL jumpa saya?"

"Err...Saya nak pi KL malam ni.Turun kat KLIA lepas tu ke Bali."

"Wow.. dengan siapa? "

"Seorang."

"Huh? "

"Panjang  ceritanya..."

"Haa...tak payah cerita. Nanti bagi tau bila flight awak land.Kita jumpa baru kita cerita panjang.Saya pun ada hal nak cakap dengan awak."

"Okay. "

"Bye."
"Bye."

Nurindah menjeling ke monitor, sekarang pukul 4.30 petang . Flight nya pukul 8.30 malam.Pukul 6.30 sempatlah rasanya .Dia meneruskan kerjanya.

Mujur keluarganya tak dapat menghantarnya ke lapangan terbang, kalau tak bagaimana dia harus menjawab jika disoal siasat oleh emak.Ya Allah,moga moga mudahkanlah urusanku.

Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u