Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Entri 76: Bateri

"Terima kasih  Kak Rina.Tolong saya ambilkan goodies ni" Berkali kali dia mengucapkan terima kasih. "Tak apa, kebetulan lalu jalan rumah."Kak Rina menghulurkan beg goodies berwarna kuning. "Rumah kamu kat mana?" "Tu dekat saja.Tadi jalan kaki dah separuh tapi tiba tiba rasa takut so terus patah balik drive ." "Haah,iyala.Gelap tempat ni." Setelah mengucap selamat jalan, Nurindah memandu berpatah balik ke rumahnya yang hanya selang beberapa blok kedai sahaja.Saat Nurindah mematikan enjin,kedengaran bunyi motosikal betul betul hampir dengan keretanya.Cepat cepat Nurindah mengunci pintu kereta dan menoleh ke tingkap. Seorang lelaki dan wanita Cina rupanya.Wanita Cina itu turun dari motosikal dan menghampiri kereta kancil yang parkir di belakang kereta Nurindah. "Oh mungkin lelaki ini menghantar wanita ini ke tempat parking kereta. " Nurindah turun dari kereta dan berlalu meninggalkan pasangan tersebut. Saat Nurin

Entri 75 :Kebaikan rawak

Penunjuk aras petrol berkelip kelip dari semalam.Perlu isi minyak sebelum pulang ke kampung.Pagi pagi lagi Nurindah menuju ke Caltex berdekatan,duit di dalam dompetnya cuma tinggal kurang RM20,dia berdoa agar ada mesin ATM ada di Caltex tersebut.  Maaf.Out of Service. Terpampang kertas A4 di mesin ATM.Nurindah menggaru kepala,hendak tak hendak dia cuma boleh  isi petrol RM10 tetapi penunjuk aras petrol masih lagi berkelip.Humm...tak sempat sampai ke kampung ni.Jarak rumahnya lebih kurang 70 km. Tak apalah, hari ni hari gaji.Terus dia memandu ke bank berdekatan. Saat dia memarkirkan keretanya,terlihat seorang anak muda sedang menyapu sampah.Pagi pagi lagi sudah bekerja.Apa kata selepas ambil duit nanti,dia belikan anak muda ini sarapan KFC.Wah...seronoknya buat amal di pagi hari. Terus selamba Nurindah menekan nilai yang mahu dikeluarkan. Maaf,baki anda tidak mencukupi. Eh...hari ni kan hari gaji.Dia memeriksa baki,argh...dia cuma layak mengeluarkan RM20 tetapi me

Entri 74 : Tiada arah

Kosong Kosong Kosong Dahulu dia fikir jika dia cantik,hidupnya tak akan sunyi.Seperti model model dalam majalah,cantik disukai ramai.Maka bersusah payah dia mahu cantik tapi cantiknya tak seberapa,jiwanya masih lagi kosong. Dahulu dia fikir jika dia kaya,hidupnya akan senang.Tetapi bekerja keras siang malam,gaji tidak seberapa.Penat jiwa masih lagi kosong. Makanya dia berfikir,mungkin dia perlu agama.Ya penuhkan jiwa,maka pergilah dia berjumpa orang-orang yang disangka alim.Rupanya dia tertipu,orang-orang yang disangka alim cuma tahu berdebat kosong.Jiwanya masih lagi kosong. Kosong...kosong...  Melihat drama,betapa bertuahnya watak watak dalam drama.Seburuk mana perangai,rupa masih cantik orang masih terkejar-kejar.Semiskin-miskin hidup drama sekelip mata hidup jadi kaya raya,petik jari ke mana sahaja boleh pergi. Realiti...drama... Kosong... Kosong...

Entri 73 : Jika itu kamu...

Kamu mungkin merajuk dan marah disebabkan reaksi aku tadi.Bukan sengaja aku malas layan tapi aku terpaksa abaikan pemikiran kamu.Kamu risau perkara yang remeh temeh, setiapkali aku tenangkan kamu dengan satu penyelesaian otak kamu dengan bijaknya mengeluarkan kerisauan yang tak berkesudahan. Kadang kadang aku terfikir jika kamu di tempatku dahulu.CGPA rendah tapi tak mahu menganggur.Hantar saja resume kemana-mana.Hampir 30 resume dihantar dan masa itu email bukanlah medium utama.Singgah di kilang-kilang, tinggalkan resume di pintu pengawal. Syarikat kecil sudah, cuba nasib di syarikat besar walaupun mereka sudah setkan berapa had CGPA tapi apa salahnya mencuba nasib.Pergi temuduga, penemuduga meminta untuk mendaftar melalui laman web.Penemuduga itu berkata,'Saya hairan kenapa CGPA kamu rendah tetapi apabila menemuduga kamu langsung saya tak menduga CGPA kamu sebegini rendah.Sila daftarkan dekat laman web kami.' Aku mendaftar malam tu juga, tapi pendaftaranku di