Mar 18, 2015

Entri 73 : Jika itu kamu...



Kamu mungkin merajuk dan marah disebabkan reaksi aku tadi.Bukan sengaja aku malas layan tapi aku terpaksa abaikan pemikiran kamu.Kamu risau perkara yang remeh temeh, setiapkali aku tenangkan kamu dengan satu penyelesaian otak kamu dengan bijaknya mengeluarkan kerisauan yang tak berkesudahan.

Kadang kadang aku terfikir jika kamu di tempatku dahulu.CGPA rendah tapi tak mahu menganggur.Hantar saja resume kemana-mana.Hampir 30 resume dihantar dan masa itu email bukanlah medium utama.Singgah di kilang-kilang, tinggalkan resume di pintu pengawal.

Syarikat kecil sudah, cuba nasib di syarikat besar walaupun mereka sudah setkan berapa had CGPA tapi apa salahnya mencuba nasib.Pergi temuduga, penemuduga meminta untuk mendaftar melalui laman web.Penemuduga itu berkata,'Saya hairan kenapa CGPA kamu rendah tetapi apabila menemuduga kamu langsung saya tak menduga CGPA kamu sebegini rendah.Sila daftarkan dekat laman web kami.'

Aku mendaftar malam tu juga, tapi pendaftaranku ditendang secara automatik oleh sistem disebabkan CGPA yang rendah, jadinya aku cuma menghantar maklumat melalui email dan berserah pada takdir.

Akhirnya dapat tawaran dari Cosmopoint untuk kursus lepasan ijazah di Kuala Lumpur.Aku langsung tak ada duit, emak abah pun tak ada duit.Mujurlah Angah sanggup pinjamkan duit JPA nya, di KL aku menumpang sekejap di rumah Angah dan rakan rakan universitinya.

Petang sebelum hari aku perlu mendaftar ke Cosmopoint, aku menerima panggilan untuk hadir temuduga di Putrajaya pada waktu pagi sama waktu pendaftaran aku di Cosmopoint.Bayangkan betapa bercelarunya aku.Aku bukanlah biasa dengan kawasan KL,kawan pun tak banyak.Main redah saja, naik tren tanya orang sana sini.Dapat maklumat ada rakan bekerja di Putrajaya,telefon tanya lokasi.Kawan tersebut bukanlah kawan rapat tapi jika Allah mentakdirkan sesuatu anda akan mendapati orang asing pun banyak menolong anda.

Aku sampai lewat ke temuduga,waktu semua orang sudah siap menjawab ujian bertulis aku dengan berpeluh peluh sampai.Aku orang yang terakhir ditemuduga.Alhamdulilah aku dapat.

Bilaku tanya balik kawan kawanku di saat kami sudah senang,apa pendapat mereka melihatku hadir temuduga tersebut?Mereka bilang , pelik ...sebab sudahlah comot lambat pula tu.Yang peliknya kami sama sama ketawa mengenang pertama kali kami berjumpa.Di situ aku mula kursus sambil bekerja,aku tak malu mengaku memang aku berusaha bersungguh sungguh mendalami bidang pengaturcaraan.

Pekerjaan pertamaku...tak usah diceritakan di sini.Aku terus ke pekerjaan ku yang kedua gaji RM1600 tanpa potongan epf tanpa faedah perubatan dan tiada cuti tahunan kerana kontrak 6 bulan.Tapi aku terima kerana aku tak punya banyak pilihan dan aku mahu pengalaman.Bagiku lebih baik dapat sedikit dari menganggur di rumah lagi pun keluargaku miskin saat itu.

Begitu kisah ringkas permulaan kareerku,aku tak larat nak cerita semuanya...rasanya seperti diulang ulang.Setiapkali mengingat pasti air mataku jatuh.Perit bila tak ada tempat mengadu, tak ada wang, belajar pun tak pandai.

Cuba bayangkan perasaan aku bila mendengar masalah kamu...CGPA kamu tinggi,ada kakak untuk sokongan, masalah kewangan tak adalah seperit mana,malah ada lagi teman lelaki yang menyokong.

Bila kusuruh  minta kerja di satu syarikat besar, kamu tak berani.Kamu takut saingan dan segala kerisauan kamu luahkan.Baik...mungkin bukan untuk kamu.Aku redha.

Kemudian datang pula tawaran dari syarikat kecil...kamu keluh kesah pula tentang berapa bayaran yang perlu kamu minta?

Lihat...kamu risau perkara yang bukan bukan.Aku juga dulu begitu ...aku risau bila syarikat yang temuduga aku tu hanya di rumah kedai.Lalu aku menetapkan gaji yang sedikit rupanya syarikat itu kaya.Aku memandai mandai  seperti pemilik syarikat tersebut dengan membuat perkiraan untung rugi mereka padahal hak aku adalah meminta gaji yang aku inginkan...jika mereka bersetuju aku gembira.Jika tidak terpulang kepada budi bicara aku samada mahu menerima atau tidak. 

Kamu boleh tanya sesiapa sahaja...tetapi jika kamu memilih untuk mengikut mereka itu adalah pilihan kamu bukan mereka.Hidup adalah kepunyaan kamu.

Sesuatu halangan itu bukanlah halangan jikanya ianya datang dari perasaan kamu sahaja.Kamu boleh teruskan hidup dengan kerisauan atau hanya dengan mula mengorak langkah ke depan.

Kamu masih muda...jika kamu mahu bersenang lenang ini bukanlah masa yang tepat.Fikirkanlah sedalamnya tapi jangan sampai tak bergerak.

Sent from Samsung tablet

No comments:

Post a Comment