Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Entri 76: Bateri

"Terima kasih  Kak Rina.Tolong saya ambilkan goodies ni" Berkali kali dia mengucapkan terima kasih. "Tak apa, kebetulan lalu jalan rumah."Kak Rina menghulurkan beg goodies berwarna kuning. "Rumah kamu kat mana?" "Tu dekat saja.Tadi jalan kaki dah separuh tapi tiba tiba rasa takut so terus patah balik drive ." "Haah,iyala.Gelap tempat ni." Setelah mengucap selamat jalan, Nurindah memandu berpatah balik ke rumahnya yang hanya selang beberapa blok kedai sahaja.Saat Nurindah mematikan enjin,kedengaran bunyi motosikal betul betul hampir dengan keretanya.Cepat cepat Nurindah mengunci pintu kereta dan menoleh ke tingkap. Seorang lelaki dan wanita Cina rupanya.Wanita Cina itu turun dari motosikal dan menghampiri kereta kancil yang parkir di belakang kereta Nurindah. "Oh mungkin lelaki ini menghantar wanita ini ke tempat parking kereta. " Nurindah turun dari kereta dan berlalu meninggalkan pasangan tersebut. Saat Nurin