Jun 12, 2016

Entri 79 : Duit kita

Haikal resah.Dua tiga hari ini fikirannya berserabut.Isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Hazim tetapi terpaksa dimasukkan ke dalam wad kerana kuning yang melampau.

"Kebiasaannya ibu yang berdarah O memang  mempunyai risiko jaundis.Namun mujurlah anak tuan berdarah B."

Susu isteri seperti tidak dapat menampung keperluan bayi, terpaksa dicampur dengan susu formula.Namun kuning si anak tidak berkurangan.

Dua tiga hari dia,isteri dan ahli keluarga yang lain tidak senang duduk.Masing masing menurunkan petua masing-masing.Air sengkuang cina, malah ada yang mencadangkan air tebu hitam dan pelbagai lagi.

Emaknya  bertambah  susah hati.Risau perut si kecil tidak tahan menampung petua petua yang ada."Tebu tu kalau orang mengandung pun boleh keguguran, apatah lagi kalau diberi makan budak kecil.Haikal cuba rujuk klinik homeopati, sekurang-kurang lebih baik dari mencuba cuba petua."cadangnya.Sedih benar melihat bayi kecil ini seolah dijadikan eksperimen petua petua yang belum tentu kemujarabannya.

"Emak , Haikal nak duit seratus."Pintanya.Selalunya duit gajinya diserah kepada emak setelah ditolak duit kereta,hutang dan perbelanjaan yang lain.Emak yang menjaga kewangan Haikal kerana sifatnya yang agak boros sebelum berkahwin.Malah sehingga sekarang dia mengamanahkan emak untuk menjaga kewangannya.Sedikit pun ibunya tidak sentuh duit Haikal untuk kegunaan sendiri namun Haikal berpesan agar ibunya mengambil RM250 daripada duit yang disimpan sebagai hadiahnya kepada ibu.

"Emak, emak ambil tak duit Haikal bulan ni?"Tiba tiba Haikal bertanya.

"Tak, emak takut Haikal tak cukup duit.Yelah, dengan anak yang masuk hospital dan bermacam macam lagi yang perlukan duit."Beritahu emak jujur.

"Kenapa emak tak ambil?Ya Allah, patutlah Haikal berserabut ni.Ambil mak.Tu duit emak.Duit yang Haikal bagi dekat emak tu la yang nak jadi berkat.Yang lain belum tentu."

                                *************************************
"Tulah Along, Haikal marah emak sebab tak ambil duit dia.Tiap tiap bulan dia budget duit emak RM250.Tapi bulan ni emak tak ambil sebab emak takut dia perlukan duit tu."

Nurindah diam.Terharu dan bersyukur.Alhamdulillah adiknya mengikuti nasihatnya.

"Dahla mak,jomla kita pergi tengok Hazim.Sekarang makin sihat ke dia?"

"Iya...mujurlah lepas cuba ubat homeopati tu turun.Sekarang berisi, badan merah dan banyak bulu pula tu."Emak ceria bila bercerita pasal cucu.

"Menurun Haikal la tu."Nurindah gelak.

"Nab cakap dia pun banyak bulu juga."

"Bagus dua dua berbulu, anak tu jadi apa pula."Nurindah berseloroh.Masing masing ketawa.

Tamat.

Nota:Wahai adik-adikku, pergilah ke mana yang kau mahu, belilah apa sahaja keinginanmu, cuma satu saja Along nak pesan.Jagalah keperluan ibu bapa mu.


No comments:

Post a Comment