Jul 25, 2016

Entri 81 : Bunga

Pagi pagi buta Nurindah menelefon emak.Risau tentang pokok bawang yang makin mereput.

"Emak, pokok bawang along kenapa mati?Along siram cukup, hari tu tumbuh okay."

"Ish.. mana lah emak tau.Along kena tuai kut?"

"Tuai?Kena ambil bawang tu la kan?"

"Ye kut.Amboi anak emak rajin menanam sekarang."Emak gelak.

"Takdalah emak.Ingat nak tanam pokok pokok sayur.Ada juga faedah,boleh makan."

"Amboi perli emak nampak."

"Ehh.. takdalah emak."Betul, langsung Nurindah tak terfikir untuk menyindir emak yang gilakan bunga sejak beberapa bulan ini.

Sambil mengorek pokok bawang yang mereput, mungkin kerana seminggu tidak bersiram Nurindah terfikir.Emak menanam pokok bunga dan seperti kebanyakan orang lain mereka tidak menghiraukan pendapat orang yang mengatakan tanam pokok bunga takda faedah.Bukannya boleh makan.

Pokok bunga, pokok buah semuanya dicipta Allah pasti berfaedah.

Emak menyiram pokok bunga sambil meneliti daun daun dan batang pokok.Jika ada seperti jangkitan atau ulat, perlu cepat cepat diatasi segera.Damai rasanya melihat bunga bunga berkembangan, pelbagai warna.

Di sebalik titisan air ,berterbangan beberapa ekor lebah sibuk bertugas mengumpul madu.Itu adalah tugas mereka yang diamanahkan Allah, mencari bahan bahan untuk madu ...untuk manusia.

"Dan Tuhanmu telah mewahyukan(megilhamkan) kepada lebah: “Buatlah rumah di atas bukit dan di atas pohon kayu, dan apa yang mereka jadikan atap.Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. " [QS. An-Nahl : 68-69]



No comments:

Post a Comment