Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Entri 0 : Pengumuman 2017 Yang Bermakna Bagiku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Seperti yang semua maklum tarikh tamat penyertaan 2017 Yang Bermakna Bagiku pada 18 hb Disember, maka hari ini saya mahu mengumumkan peserta yang bertuah tersebut. Terima kasih banyak sebab sudi tinggalkan komen di entri saya. Peserta akan menerima Planner yang comel ni, saya pun ada satu. A post shared by unid's Adventure (@cheunid) on Dec 21, 2017 at 8:55pm PST Saya mengambil masa yang lama di Kinokuniya untuk mencari Planner yang sesuai.Jika ada yang ingin tahu kenapa saya pilih Planner ni, maka ini sebabnya : Comel Macam kalendar dengan ruang kosong untuk kita isi aktiviti atau dateline Letak atas meja jadi mudah untuk dilihat. Praktical sebab nipis dan ringan.Sebelum tidur boleh reviu dan kemas kini. Satu untuk diri sendiri Moga-moga Planner ni akan penuh dengan aktiviti dan tugasan untuk memenuhi objektif anda tahun 2018. Dengan sukacitanya, mengumumkan  +Eni Khalid   , sebagai peserta bertuah.Terima k

Entri 88 : Ujian

Nak hadiah notebook? Sila ke  Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU ----------------------------------------------------------------------------------------------------- B eberapa hari yang lalu , hari yang dia sendiri sudah lupa. Nurindah : Ibu, Nur ada ujian.Ibu doakan ya? Ibu : Ibu mana pernah berhenti doa. Jawapan yang sama, yang berlalu ditiup angin dan tidak disimpan di dalam hati. Cuti umum, Maulidur Rasul. B uka buku sedikit, main yang banyak.Rasa bersalah, lalu di petang hari pergi ke kuliah Maulidur Rasul. Hari Sabtu.Cuti. B uka buku sedikit.Main banyak.Youtube tak pernah berhenti memberi hiburan samada dalam bentuk ilmu atau tidak.Jika menonton video ilmu sehari suntuk siang malam dan mengabaikan kehidupan sebenar adalah sama dengan buang masa.Otak terisi secara teori tapi tidak praktikal. Rasa bersalah, lalu bingkas bersihkan dapur dan bilik air sampai berkilat. Hari Ahad.Cuti. T etapi UJIAN ITU ESOK!! Panik, menggelabah melayari sistem peperiksaan

Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU [KEMAS KINI]

DIUMUMKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 18 DISEMBER 2017 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul, semoga kita diberikan kemudahan untuk mengikuti dan berusaha mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Amin. Ini kali pertama saya berhubung dengan anda secara terus.Semoga anda suka dan mendapat faedah daripada entri entri di blog ini. Dengan rasa rendah hati dan syukur, saya ingin menghadiahkan dua planner dan satu buku nota kepada kalian yang terpilih.Ianya sebagai tanda terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya. Dua acara diadakan serentak, yang membezakan adalah satu acara adalah undian dan satu lagi dipilih secara ekslusif oleh saya sendiri.Berikut adalah syarat-syarat : Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia. Pilih entri selain dari entri ini untuk anda tinggalkan komen. Ciri-ciri komen: Komen tersebut tidak ditulis di entri ini.Entri ini terhad untuk contoh dan soal jawab mengenai acara ini sahaja. Mulakan komen dengan &#

Entri 87: Doakan yang baik baik

Setiap pagi aku berjuang untuk bangun awal dan solat Subuh. Ada hari hari yang aku terlepas.Aku manusia. Setiap hari aku berjuang untuk kekal positif dan ceria,  namun ada hari yang aku kesal.Aku menangis.Aku hanyalah manusia. Setiap hari aku berkata kepada diri ku; gunakan hari ini untuk perkara-perkara berguna.  Di tengah malam, kudapati diriku berjaga, mengabaikan tidur untuk perkara perkara yang sampah. Setiap hari aku buat silap, aku pesan kepada diriku lupakan yang lepas. Teruskan hidup.  Namun ada pagi yang aku lihat diriku masih di atas katil bersedih, meratapi kelmarin. Setiap hari ada yang nampak kekuranganku, mereka mengejiku.Ya, aku layak dikeji kerana aku silap.Maafkan aku. Aku cuba yang terbaik, ada hari yang aku tersungkur.Aku dikeji lagi.Aku terfikir,adakah manusia yang bahagia bila dihina? Aku tahu manusia yang dicela itu selalunya lebih baik dari mencela.Aku pesan pada diriku supaya kuat.Namun ada hari, aku terkilan. Aku cuma man

Entri 86:Pilihan

Tiada manusia yang paling malang di dunia ini malah tiada pula yang paling beruntung. Untung , malang adalah perspektif kaca mata manusia. Jika ditanya sama malaikat, menjadi manusia itu beruntung.Malah lagi dicemburui iblis. Asalnya dari air mani yang hina, tidak dipandang sesiapa pun. Tiba-tiba jadi manusia yang cemerlang. "Sayangnya dia tidak sedar betapa cemerlangnya dia.Betapa cemerlangnya sehingga Quran diserahkan kepadanya sedang gunung gunung tidak sanggup memikulnya."Pohon pohon seolah berbisik sesama sendiri. Namun dia masih terasa kerdil.Dibandingkan diri dengan manusia yang lain.Yang paling kaya, paling cantik dan paling pandai. Malah dia kepingin menjadi burung atau pokok atau apa sahaja atau lebih baik dia langsung tidak diciptakan.Kenapa Tuhan ciptakan aku?Sepatutnya aku tak wujud dari mula lagi.Dia berkabung, mencela nasibnya. "Alangkah ruginya.Di sebalik kemalangan itu dia diberi pilihan untuk senyum atau meratap nasib."Sang burung b

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u

Entri 84 : Menang

"Ayah, cepat sikit.Razif dah lambat." Razif panik apabila kereta ayah bergerak macam siput.Perlawanan pukul 4.00 petang dan sekarang sudah pukul 3.45 petang. Dia tidak boleh lambat.Dia pemain utama, tunggak kepada pasukan.Saat kereta ayah menghampiri pintu mini stadium dia sudah bersedia membuka pintu kereta."Terima kasih yah."ucapnya sambil melompat dari kereta. Saat dia sampai pasukannya sudah berkumpul dan sedang melakukan senaman.Segera dia membuka beg, mahu mencapai jersi...alamak. Jersi tertinggal dalam kereta.Panik.Ahh, tak apa dia kan pemain tunggak, mesti cikgu lembut hati membenarkan bermain walaupun dia terpaksa meminjam jersi dari pemain simpanan.Ada cara, yang penting pasukan tidak boleh bermain tanpanya.Pasukan Sekolah Menengah Asam Jawa bukanlah calang-calang pasukan.Lagi pula dia sudah berlatih bersungguh-sungguh selama ini. "HAH kamu Razif!! Apa yang kamu terhegeh-hegeh tu? Sudah lah lambat!Cepat  masuk padang sekarang." Jerit Cikg

Entri 83 : Pengembala kambing

"Anehnya, kamu seorang pengembala kambing.Bagaimana kamu tahu membaca?" Suara kecil gadis itu terngiang ngiang ditelinganya.Sambil memejam mata dia terbayang mata besar anak gadis yang kurang lebih sebayanya apabila dia bercerita tentang Pergunungan Fagaras. Tujuan hidupnya adalah mengembara.Tetapi itu bukan tujuan ibu bapanya yang bertani.Mereka bekerja keras semata-mata hidup cukup untuk makan dan minum ,tidak lebih dari itu.Mereka mahu anak lelaki mereka menjadi berguna dan dihormati.Mereka menyekolahkannya dengan harapan dia akan menjadi pendeta yang disegani. "Aku cuma mahu mengembara ayah, aku mahu melihat dunia luar." Ayah menghela nafas, matanya merenung bukit bukit menghijau.Pergunungan Fagaras kelihatan sayup dan misteri."Ramai orang luar datang melalui kampung ini.Tujuan mereka sama,mencari sesuatu yang baru.Tetapi apabila mereka pergi, mereka masih lagi orang yang sama." "Mereka mendaki gunung,merentas tasik,mencari istana dan be