Mar 23, 2017

Entri 84 : Menang

"Ayah, cepat sikit.Razif dah lambat." Razif panik apabila kereta ayah bergerak macam siput.Perlawanan pukul 4.00 petang dan sekarang sudah pukul 3.45 petang.

Dia tidak boleh lambat.Dia pemain utama, tunggak kepada pasukan.Saat kereta ayah menghampiri pintu mini stadium dia sudah bersedia membuka pintu kereta."Terima kasih yah."ucapnya sambil melompat dari kereta.

Saat dia sampai pasukannya sudah berkumpul dan sedang melakukan senaman.Segera dia membuka beg, mahu mencapai jersi...alamak.

Jersi tertinggal dalam kereta.Panik.Ahh, tak apa dia kan pemain tunggak, mesti cikgu lembut hati membenarkan bermain walaupun dia terpaksa meminjam jersi dari pemain simpanan.Ada cara, yang penting pasukan tidak boleh bermain tanpanya.Pasukan Sekolah Menengah Asam Jawa bukanlah calang-calang pasukan.Lagi pula dia sudah berlatih bersungguh-sungguh selama ini.

"HAH kamu Razif!! Apa yang kamu terhegeh-hegeh tu? Sudah lah lambat!Cepat  masuk padang sekarang." Jerit Cikgu Kamil.

"Cikgu, saya lupa bawa jersi..."

"Okay, kamu duduk sana. Saya panggil pemain simpanan."Cikgu Kamil tidak mempamerkan rasa risau, langsung melambaikan tangan pada salah seorang pemain simpanan yang sedang bersenam bersama rakan pasukan yang lain.

"Tapi cikgu..."



"Ini keputusan saya.Hari ini kamu tak bersedia untuk bermain.Kamu duduk dan belajar."

Perlawanan berlangsung.Separuh masa pertama, Sekolah Menengah Asam Jawa mendahului dengan 2:0 . Razif kecewa.Dia menghampiri Cikgu Kamil.

"Cikgu, sekolah kita bakal kalah kalau macam ni.Berilah peluang saya main.Lagipun cikgu tahu kan saya sudah berlatih bersungguh-sungguh selama ini,"

Cikgu Kamil menggelengkan kepala."Razif, ini bukan masalah menang kalah.Kamu duduk saja dan perhatikan."

Akhirnya Sekolah Menengah Asam Pedas(SMKAP) kalah di tangan Sekolah Menengah Asam Jawa(SMKAJ) dengan mata 5:1.Pasukan SMKAP kelihatan penat dan kecewa dek kerana diganyang pasukan SMKAJ.

Masing masing mula merungut.Ada yang mempersoalkan kenapa Razif tidak dibenarkan bermain.Kalaulah Cikgu Kamil boleh dibawa berbincang SMKAP takkan menghadapi aib ini.

Saat mereka berkumpul, Cikgu Kamil berkata.

"Tahniah kepada kamu semua kerana bermain bersungguh-sungguh hari ini.Kamu tidak menang, tetapi kamu belajar hari ini.Kamu tidak boleh bergantung kepada seorang individu semata-mata dalam permainan berpasukan.Kejayaan adalah usahasama dari setiap orang dari kamu.Bukan hanya dari salah seorang.

Kadang-kadang kita menang.Kadang-kadang kita belajar, dan kebanyakan kejayaan itu datang dari pembelajaran bukan kemenangan.Malam ini kita rehat sambil fikirkan apa yang kita boleh belajar hari ini."

Razif terdiam.Malam itu dia tidak lena tidur memikirkan kejadian siang tadi.Cikgu Kamil memandang aku sebelah mata walaupun aku adalah kunci pasukan.Selama ini aku tak terfikir bahawa aku merasakan diriku ini paling hebat.Aku sombong, ego.Aku fikir kerana aku hebat, aku boleh sesuka hati melanggar peraturan, aku fikir Cikgu Kamil akan bertolak ansur hanya untuk memastikan pasukan kami menang.Aku silap.

KADANG KALA KITA MENANG, KADANG KALA KITA KALAH BELAJAR.





No comments:

Post a Comment