Apr 13, 2017

Entri 85 : Impian

Apa impian mu?

Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang.

Kamu tidak ingin bernikah?

Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja.

Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa untuk mereka.Tapi aku perlu bekerja juga supaya kami hidup senang.Suatu hari aku harap aku dapat menggunakan masa untuk mereka tanpa memikirkan soal duit.

Tapi kahwin itu sunnah?

Iya, sunnah.Menjaga ibu bapa dan berbuat baik terhadap mereka adalah wajib.

Ibumu pasti sedih kalau kamu tidak mahu berkahwin?Tentu dia berdoa siang malam supaya kamu ditemukan jodoh.

Alhamdulillah, jika ibu yang mendoakan aku maka tidak ada perkara yang perlu aku risau.Doa ibu yang paling makbul tidak setanding doa yang lain.Jika sampai jodohku, aku akan berkahwin.Dan pastinya jika doa ibu aku yang makbul, maka jodohku pasti baik-baik.

Nak kahwin juga rupanya.

Yalah, siapa yang tanak.Tapi soalan kamu adalah 'apa impian mu?'bukan sama ada aku nak kahwin atau tak kan?

Ya..ya.Jadi impian mu?

Memelihara kedua ibu bapaku dengan rasa bangga, lebih dari bangganya mereka yang sedang bernikah.

Berdoalah bersungguh-sungguh dari sekarang.Kerana tidak semua mampu menjaga ibu bapa mereka dengan perasaan bangga.Banyak yang tanpa sedar berharap mereka cepat mati.Suatu hari nanti ibu bapa kita akan nyanyuk, mereka tidak sama dengan mereka yang mendidik kita waktu kecil dulu.Mungkin mereka akan melakukan perkara yang menyakitkan hati kita tanpa mereka sedar kenapa mereka berkelakuan demikian.Fikiran rasional mereka akan lenyap dimamah usia sama seperti fikiran kita sewaktu belum mencapai matang.Berdoa dan bersabarlah.

Terima kasih sahabat.Terima kasih...doakan aku ya.

4 comments:



  1. Sinta se livre para surfe meu blog net - xtrasize bestellen

    ReplyDelete
  2. What a information of un-ambiguity and preserveness of valuable knowledge on the topic of unpredicted emotions.

    ReplyDelete
  3. Howdy! I could have sworn I've been to this website before but after browsing through some of the post I realized it's new to
    me. Nonetheless, I'm definitely happy I found it and I'll be bookmarking and checking back frequently!

    ReplyDelete