Entri 0 : Pengumuman 2017 Yang Bermakna Bagiku

dari penulis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seperti yang semua maklum tarikh tamat penyertaan 2017 Yang Bermakna Bagiku pada 18 hb Disember, maka hari ini saya mahu mengumumkan peserta yang bertuah tersebut. Terima kasih banyak sebab sudi tinggalkan komen di entri saya.

Peserta akan menerima Planner yang comel ni, saya pun ada satu.

Saya mengambil masa yang lama di Kinokuniya untuk mencari Planner yang sesuai.Jika ada yang ingin tahu kenapa saya pilih Planner ni, maka ini sebabnya :

  • Comel
  • Macam kalendar dengan ruang kosong untuk kita isi aktiviti atau dateline
  • Letak atas meja jadi mudah untuk dilihat.
  • Praktical sebab nipis dan ringan.Sebelum tidur boleh reviu dan kemas kini.
Satu untuk diri sendiri

Moga-moga Planner ni akan penuh dengan aktiviti dan tugasan untuk memenuhi objektif anda tahun 2018.

Dengan sukacitanya, mengumumkan +Eni Khalid  , sebagai peserta bertuah.Terima kasih banyak sebab sudi komen.

Eni pun suka menulis juga, sila ikuti kisah Eni di sini 

InshaaAllah , ada rezeki tahun depan saya buat lagi.Doakan yang baik baik ya.
Terima kasih sebab sudi baca Namaku Nurindah.

Selamat Tahun Baru.

Salam Sayang,
Nur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *