Entri 90 : Adil

cerita

 

Pernahkah kamu rasa berada di sesuatu tempat yang bukan milikmu?

Walaupun mereka cuba menerimamu, tetapi terang-terangan kamu tidak ditakdirkan di situ.

Walaupun kehadiran mu di situ bukanlah kehendak mu, malah bukan salah mu.

Pernah rasa kekok?

Menerima senyum yang dibuat buat?

Menerima pandangan mata yang janggal?

Saat mereka sedaya upaya berusaha menerimamu tapi dari lirikan matanya tempat kamu bukan di situ.

Seperti plastik, yang tertinggal di celah hutan.Sedaya upaya ingin menjadi organik?

Bukan salah cacing, semut atau tanah apabila mereka tidak terdaya membuatkan kamu selesa di hutan.

Bukan salah mu juga kerana tidak diciptakan organik.

Kamu menunggu di situ, terusan menyalahkan orang lain. Jauh di dasar hati itu bukanlah pilihanmu.

Jauh di sudut hati, kamu berharap suatu hari ada sesorang yang mengutipmu dan meletakkan di tempatmu.

Sebelum saat itu tiba, mereka terpaksa menerimamu walau jauh di sudut hati kamu tahu, kamu bukanlah sebahagian dari mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *