Entri 104 : Aoraki

Dunia ini busuk dan jijik
Penuh dosa
Jika itu yang kau fikir semata
Alangkah sayangnya

Dunia ini dikurniakan untuk mu
Bernafas dari hijau pohon-pohon
Meneguk air suci dari sungai-sungai

Ianya tanda kasih sayang Pencipta
Dijadikan bumi sebagai hamparan
Langit yang teduh dari teriknya matahari
Tiada bayaran, percuma tetapi sempurna

Jika kita lupa Dia ingatkan
Supaya kita sentiasa belajar
Dunia indah ini  ringkas dan kompleks
Indah dan buruk bergumpal sekali

Jadi pesanNya jangan ambil mudah
Jangan tamak
Dan janganlah kau bersedih

Teruskanlah belajar
Senyumlah selalu
Sentiasalah menjaga antara satu sama lain

Kerana seindah mana pun dunia ini
Ianya cuma tempat singgah
Untuk kau mengumpul bekal

Saujana mata memandang
Semegah tersergamnya Aoraki
Pasti juga kau meninggalkannya
Kerana kau adalah pengembara

Moga moga kau sampai ke destinasimu
Yang sudah kau pilih siap siap di dunia ini.

Comments

Popular Posts