Entri 106 : Ulat

"Tahukah anda perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu?"
"Rama-rama cantik, kupu-kupu tak cantik?"

"Salah." Azizul senyum, sudah biasa dengan anggapan streotype , bersangka tanpa usul periksa.

Rama-rama memang kebanyakannya berwarna warni tapi ada juga yang warnanya lusuh.

Jadi perbezaan cantik dan tidak adalah subjektif. Berwarna warni tidak semestinya tak cantik.

Ulat yang menjadi rama-rama tidak gatal dan tidak berbulu.Manakala ulat yang gatal dan berbulu akan bertukar menjadi kupu-kupu.

"Nah, cubalah sentuh.Yang ini tak gatal." Ulat-ulat kecil berwarna hijau kuning dalam peti jernih disua.

Gadis itu menggeleng walaupun dia nampak berminat.Tak kira gatal atau tidak, dia lebih redha hidup dalam sangkaan ulat itu menggelikan tanpa mahu cuba sentuh.

Tipikal. Azizul senyum dan bersabar menerangkan tentang rama-rama dan kupu-kupu.

Apabila rama-rama berehat, ianya akan menutupkan sayapnya tetapi kupu-kupu akan mengembangkan sayapnya.

Sebab?

Sayap rama-rama berwarna warni akan memancing pemangsa manakala sayap kupu-kupu lebih menakutkan.Jadi ianaya adalah salah satu ciri keselamatan.

Rama-rama sesungutnya nipis dan tirus seperti batang golf manakala sesungut kupu-kupu berbulu dan selalunya besar.

"Kenapa dalam dunia haiwan jantan selalunya berwarna warni dibandingkan betina?" Pop kuiz!

Gadis itu menggeleng, tidak tahu.

"Okay, kalau awak nak makan awak nak makan benda yang cantik ke tak?" Azizul cuba memberi klu.

Gadis itu berfikir,"Tak.. saya tak makan benda berwarna warni." Sambil membayangkan kek biru hijau dan kelabu yang seperti beracun.

Nampaknya selera manusia atau gadis ini secara spesifik mungkin agak berbeza.

Dalam dunia binatang, warna warni lebih menarik perhatian pemangsa.Jadi jika ada jantan betina pada masa yang sama selalunya si  jantan dimakan pemangsa supaya betina boleh lari meneruskan hidup dan membiak.

. . .

"Apa kepentingan rama-rama dan kupu-kupu dalam hidup?" Soalan serius tiba-tiba.

Azizul senyum.

"Pendebungaan."

Jangka hayat rama-rama atau kupu-kupu sangat pendek.Dalam tempoh yang pendek, ada yang langsung tidak makan kerana fokusnya adalah membiak atau mendebunga.

Pokok-pokok bunga di bandar disembur racun dek kerana ulat.Yelah, emak di kampung pun tak suka ulat.Ulat rosakkan pokok!

Ulat tak ada, rama-rama tak ada. Burung burung pun tak ada.

"Ada perasan burung-burung kat KL?"

"Gagak."

"Gagak banyak sebab ia tak makan ulat. Burung yang makan ulat tak ada kan?"

Diam.

Tak ada ulat, tak adalah rama-rama atau kupu-kupu dan tak adalah burung dan jangan terkejut jika dek kerana tak ada ulat kita pun tak ada juga nanti.

Pameran tamat pukul lima petang dan gadis itu terperangkap dalam hujan lebat di Pusat Sains Negara. Hampir dua jam gadis itu masih berfikir - dia sudah tidak bersangka buruk dengan ulat lagi. Sama sekali tidak.





Comments

Popular Posts