Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Entri 112 : Pakcik Assalamualaikum

Jalan Terminal Putra memang sibuk pagi pagi. Sibuk dengan kereta dan manusia ke stesen LRT Gombak. Dalam sibuk sibuk begitu pejalan kaki terutama Muslim yang melalui pedestrian terpaksa menunaikan satu tanggungjawab yang diwajibkan iaitu menjawab salam. Sepasang suami isteri berusia emas menjual nasi lemak di tepi jalan. Sepanjang di situ setiap yang lalu akan disapa dengan lafaz Assalamualaikum. Jarang sekali mereka lepaskan peluang pahala memberi salam. “Assalamualaikum!” Kadang kadang ditambah dengan pertanyaan “sihat?”Tentunya diiringi dengan senyuman. Lama lama mereka yang melalui jalan itu sudah biasa dengan rutin baru, senyum dan menjawab salam. Moga moga rutin pagi ini menjadikan hari hari mereka dirahmati.

Entri 111 : Nurani

Dia merenung ke luar jendela . Pemandangan negeri Kedah dari atas memang menakjubkan.Beberapa kepulan awan nipis  memutih seperti gula kapas berarak perlahan lahan menambahkan keindahan.Petak petak hijau,sungai sungai kecil sangat jelas disuluhi matahari pukul 10.00. Sudah beberapa bulan Malaysia dilanda jerebu maka pemandangan jelas seperti kristal ini adalah sesuatu yang dirindui. Gadis Cina di sebelahnya khusyuk menonton filem.Tadi mereka sama sama menunggu siapakah yang bakal duduk di kerusi nombor 26F tetapi masing masing lega kerana insan tersebut tidak muncul muncul . Mendapat  tiga kerusi untuk dua orang di dalam kapal terbang kelas ekonomi memang mengujakan. Dia beranjak ke kerusi 26F,menikmati pemandangan sambil memikirkan apa yang patut ditaip . Sedang gadis di sebelahnya pula beranjak ke kerusi tengah, menarik meja di kerusi yang di sebelah lagi dan mengatur laptopnya kemas kemas.Dia menyiapkan panggung wayang kecilnya.Masing masing menyelesakan diri untuk penerbanga

Entri 110 : Syawal 1440

Kali ini raya betul betul raya. Sebelum ini trafik mungkin biasa biasa saja tapi kali ini dekat Baling pun boleh jam . Jarak setengah jam mungkin jadi berjam jam.Menderitalah siapa yang menjadi runner , keluar beli tepung jagung mungkin terkandas separuh hari di jalan. Kali ini orang betul betul balik kampung. Kali ini orang betul betul nak ziarah saudara mara. Dan kali ini insta , facebook boom kebaboom dengan #raya2019 #syawal1440 tag. Meriahnya raya di alam maya diharap sama meriah raya di dunia nyata. Sedih makcik makcik bawang, kalau sudah takda siapa nak membawang sekali bila masing masing sibuk membawang di phone . Sedih lagi ibu , saudara mara yang sibuk mengemas tapi yang menolong hanya sekadar memegang penyapu sambil berkata ,’Mak mari selfie !’ Dan orang tua itu tersenyum sumbing bila disuruh bergambar berkali-kali dek kerananya pose nya tak cukup Instagrammable .Dan bertambah tambah terkilan si ibu bila selesai senyum yang dibuat buat masing masing duduk menempe