Skip to main content

Entri 111 : Nurani

Dia merenung ke luar jendela . Pemandangan negeri Kedah dari atas memang menakjubkan.Beberapa kepulan awan nipis  memutih seperti gula kapas berarak perlahan lahan menambahkan keindahan.Petak petak hijau,sungai sungai kecil sangat jelas disuluhi matahari pukul 10.00.

Sudah beberapa bulan Malaysia dilanda jerebu maka pemandangan jelas seperti kristal ini adalah sesuatu yang dirindui. Gadis Cina di sebelahnya khusyuk menonton filem.Tadi mereka sama sama menunggu siapakah yang bakal duduk di kerusi nombor 26F tetapi masing masing lega kerana insan tersebut tidak muncul muncul . Mendapat  tiga kerusi untuk dua orang di dalam kapal terbang kelas ekonomi memang mengujakan.

Dia beranjak ke kerusi 26F,menikmati pemandangan sambil memikirkan apa yang patut ditaip . Sedang gadis di sebelahnya pula beranjak ke kerusi tengah, menarik meja di kerusi yang di sebelah lagi dan mengatur laptopnya kemas kemas.Dia menyiapkan panggung wayang kecilnya.Masing masing menyelesakan diri untuk penerbangan yang dijangka dua jam ke Kota Kinabalu.

Kenapa dia ke Sabah?Mulanya dia mahu ke Hatyai bersama seorang rakan sempena cuti Deepavali yang jatuh hari Selasa,jika dia mengambil cuti hari Isnin maka dia mempunyai Sabtu,Ahad,Isnin dan Selasa. Wah!!! Sesuatu yang tidak boleh disia siakan. Namun rakannya berpindah ke Perak dan banyak perkara muncul dan sudahnya rancangan tersebut dibatalkan.

Tercari cari apa yang patut dibuat waktu cuti sambil melayari sesawang AirAsia dan sewaktunya.Entah hantu mana menghasut dia membeli tiket ke Sabah padahal dia baru sahaja ke Sabah bulan April yang lalu.Ahh..takpalah,hari tu pergi jalan jalan, kali ini pergi melawat adik.

Sebelum itu, diajak emak,tapi emak menolak dengan hati berat  dek seorang anak lagi sedang sarat menanti waktu untuk bersalin.Mujur juga kerana tiket sangat mahal,malah dia tidak mampu beli jika emak mahu ikut.Padah membeli tiket secara sembrono. Mahu menggembirakan emak,dibelinya muatan beg 15 kilo.Emak sangat teruja apabila dia menelefon dan memberitahu, “Emak,Along belikan emak muatan 15 kilo,jadi emak boleh letak apa sahaja untuk dikirimkan pada Amin.Tak perlu risau pasal barang Along sebab barang Along tak masuk dalam muatan tu.”

“Oh, emak nak kirimkan pekasam,petai,jering,jeruk kelubi,pisang…”

Tahu tahu semua barang barang yang tersenarai di atas dan juga tidak dimasukkan di dalam kotak,dibungkus kemas.Susah payah dia mencari di kebun, pasar tani malah ada disediakan sendiri demi anak dan menantunya yang jauh di Sabah.Setiap kali Amin telefon dan bertanyakan,emak makan apa hari ini, membuatkan naluri keibuannya tersentuh.Pernah dia mengirimkan jeruk petai melalui pos laju.Maka 15 kilo muatan yang diberi kali ini tak akan disia siakan.

“Emak kirimkan pisang?”Amin terkejut apabila emak memberitahu.Hampir setiap hari dia menelefon emak walaupun sudah berkahwin.

“Yala, Amin kan suka makan pisang kebatu.Jadi emak beli.”
“Emak beli berapa ringgit ?”
“Emak beli RM9 sekilo.”
“Mahalnya . Pisang di sini sangat murah.”

Dan emak membebel,”Manalah emak tahu… tak sangka sana murah.”

Emak emak.Dia bersyukur mendapat emak yang paling baik di muka bumi.Yang bersusah payah memelihara mereka sembilan beradik.

Namun , sampai sekarang dia bertanya dirinya sendiri.Kenapa aku ke Sabah ni? Tiket mahal , malah baru sahaja pergi enam bulan yang lalu.Kalau nak melawat Amin, banyak lagi waktu lain yang tiketnya lagi murah.Dia sedikit menyesal, tak fasal fasal duit kutu yang baru diperolehinya lebur.

Siapa dia? Ahh..sudah tentu anda bengang kerana sampai setakat ini si dia tidak dikenalkan.Si dia yang sedang pening kepala dek kerana kapal yang merempuh awanan kecil ini seorang gadis berusia 33 tahun.Dia bertugas sebagai seorang jurutera perisian tetapi masih keliru samada itu adalah pekerjaan impiannya.Dia belum berkahwin, tidak pernah mempunyai teman lelaki tetapi banyak kali patah hati.Ye ke?Dia rasa kosong, pernah bertekad untuk belajar agama tetapi kecewa kerana masanya terbuang dek tersalah masuk kumpulan yang banyak menghakimi dan mengumpat,juga lelaki lelaki yang risau beristeri satu.

Dia takut tua,takut mati dan takut kesorangan.Dia mahu mengembara, mahu menempa nama, mahu menjadi pakar dalam sesuatu bidang namun dia tidak melakukan apa apa kerana setiap kali dia mahu memulakan dia bingung, tersekat dan tahu tahu sahaja masa sudah berlalu pergi.Soalan yang mudah, yang selalu ditanya oleh pakar motivasi,’Apakah yang anda mahu dalam hidup ini?’

Itu soalan yang susah mahu dijawab sekarang.Dia tidak tahu.Jika soalan itu ditanya ketika umurnya 17 tahun, mungkin jawapannya mahu lulus cemerlang dalam SPM.Namun sekarang umurnya sudah 33 tahun, sudah lepas SPM, malah sudah bergraduasi dari universiti hampir 10 tahun yang lalu.

Mungkin kahwin?Hampir semua kawan kawannya sudah berkahwin beranak pinak.Ada yang bahagia, ada yang kecewa.

Ketika umurnya akhir  dua puluhan, mencanak canak soalan bila kau nak kahwin?Kawan kawan yang berkahwin menyatakan bahagianya kahwin, segala faedah dan hikmah perkahwinan disenaraikan membuatkan dia terasa ketinggalan.”Siapalah yang mahu kat aku.” Itu jawapan biasa dan benar.

Sekarang umurnya sudah tiga puluhan, soalan tersebut dikira lewat untuk ditanya.Malah faedah faedah berkahwin makin kurang dikongsi, yang makin mencanak naik adalah hukum lelaki kahwin dua,kepenatan menjadi suri rumah, isteri yang bekerja ,soal tanggungjawab siapa siapa, anak anak dan lain lain.Jika ada soalan bila mahu kahwin, jawapan seperti  belum ada rezeki adalah biasa.Jawapan seperti, nak kahwin dengan siapa?Laki kau? Diharap simpan baik baik dalam hati.

Oh,maaf anda.Saya sangat melalut.Gadis yang hidupnya kelam kabut di atas diberi nama Nuranee.Nuranee Samad.Nama yang sangat mudah tetapi mengambil masa berperenggan perenggan untuk dikenalkan.

Kapal terbang bergolak lagi.Pukul 12.04 tengahari, pramugari meronda memastikan jendela dibuka, Kapten memberitahu keadaan awan,aras ketinggian.”...kita masih berada di atas Laut Cina Selatan.Di sebelah kiri anda adalah Miri…”

Nuranee menjenguk ke luar,pemandangan yang indah membuatkan pening kepalanya pulih.

Kadang kadang kita tak tahu mengapa kita membuat keputusan,namun ianya mungkin lebih baik dari tidak berbuat apa apa.

Tip of Borneo (Tanjung Simpang Mengayau) April 2015





Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u