Skip to main content

Entri 127 : Empayar

Menapak kaki di Bandar Angkor seolah olah menyingkap keagungan empayar zaman silam. Dikenali sebagai monumen agama terbesar di dunia dengan keluasan 162.6 hektar membuatkan otak tidak berhenti berfikir bagaimanalah manusia zaman dahulu membina artifak sehebat ini.

Piramid, Taj Mahal dan pelbagai lagi yang berusia ribuan tahun masih lagi gah sehingga sekarang bermakna bahan-bahan dan teknologi yang digunakan bukanlah calang-calang. Malah belum tentu ada bangunan di zaman moden ini boleh mengatasi teknologi mereka. Terfikir bagaimanalah arkitek, jurubina, perancang bandar dan pakar pakar zaman dahulu bersatu memerah otak menyusun dan merancang strategi membina perkara yang hebat begini.

Bandar Angkor ini digelar bandar hydraulik kerana kecanggihan sistem perairannya, terdapat sungai sungai mengalir di antara empat pintu gerbang yang memasuki bandar ini. Boleh bayangkan kapal kapal besar berlabuh di sini, bagaimana pegawai immigrasi, kastam bertugas di bahagian pintu gerbang. 

Bandar ini dibangunkan oleh kerajaan Hindu kemudian lama kelamaan bertukar dek pengaruh Buddha.Pertukaran budaya ini langsung tidak mengejutkan kerana ianya berlaku di mana-mana sahaja. Gereja bertukar menjadi masjid atau sebaliknya. Manusia sifatnya berubah-rubah. Jadi apabila mereka kata tak boleh berubah , jangan percaya sebab batu pun berubah!

Tahukah anda, dipercayai Angkor Wat dijumpai pada tahun 1860 oleh seorang lelaki Perancis bernama Henri Mouhot. Bayangkan bandar yang sebesar-besar ini baru dijumpai dalam era 1800. Betapa kerdilnya manusia kan, tapak empayar sehebat ini tersembunyi berapa lama ditelan hutan. Gajah depan mata belum tentu nampak.

"Angkor Wat ini asalnya Hindu, kemudian apabila dijumpai semula kebanyakan penduduk beragama Buddha dan mereka sudah tidak ingat tentang Hindu, jadinya mereka memenuhkan kuil ini dengan patung-patung Buddha," beritahu pemandu pelancong yang menemani mereka.
Kredit @ayu_rahaman (Insta) 

Bila difikirkan, kita hanyalah saki baki umat yang terselamat dari bencana zaman dahulu. Teknologi mereka yang canggih hancur sekelip mata dan kita; saki baki manusia ini memulakan hidup dari kosong. Langsung tidak idea bagaimana tingginya teknologi kita zaman dahulu. Kemudian apabila kita mengembara begini, kita terfikir-fikir betapa hebatnya manusia zaman dahulu mungkin lebih hebat lagi dari zaman sekarang.

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Quran : 6 : 6

Antara rujukan :
Angkor Temple Discovery




Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u