Entri 132 : Surat surat buat Eusoff

Assalamualaikum Eusoff,

Lama aku tidak menulis, adakah itu petanda baik?Rasa kekok pula, seperti sudah tidak ada apa-apa yang aku ingin luahkan kepadamu.

Semalam aku memesan Nasi Goreng Ladna untuk pertama kali dan mungkin kali terakhir. Teringat bila engkau kata, itu nasi goreng kegemaran mu.

Biar betul? Lama betul aku renung nasi goreng yang berlendir? Serius ? Seperti makan bubur nasi goreng layaknya. Baru aku sedar rupanya kita betul betul berbeza.

Teringat waktu mula-mula aku terkena sakit angau.Menangis kegembiraan bila aku terima mesej pertamamu. Pendek saja tapi rasa seperti bulan jatuh ke riba.

Sekarang baru aku faham perasaan Zulaikha terhadap Yusoff. Saat manusia manusia lain yang berlagak suci mengecamnya.Si Zulaikha itu perempuan tak sedar diri.  Tapi masuk akal bukan jika Zulaikha menyukai Yusoff sebab memang Yusoff itu baik, soalnya apa kelebihanmu membuat aku terpaut?Aku mengagau mencari jawapan.

Tampan sangat ke?
Kaya ke?
Baik ke?

Jujur...jikalah sahabat sahabatku mengetahui aku menyukaimu sudah tentu kenyang aku menelan sindiran. Ayat klise 'Apa la yang dipandang sangat dengan lelaki tu? Pekerjaan tah ke mana? Ke berlagak alim?'

Saat dulu aku sedang sakit patah hati. Tahu tak tak rasanya bagaimana? Seperti hati dihiris kacip pinang. Aku berharap supaya engkau sakit dan rindu juga padaku.Macam nak rak aku cuba melupakanmu. Susah rupanya. Makin nak lupa makin dihantui. Malam tidurku terjaga, tak pernah lena. Siang aku lesu dengan mata bengkak.

Membencimu, atau sesiapa sahaja rupanya memakan diriku sendiri.

Perlahan-lahan aku gantikan kebencianku dengan doa.Aku terfikir, dalam banyak banyak wanita di dunia ini kenapa aku terpilih untuk menyukai mu. Tentulah bersebab.

Dulu aku percaya bila orang cakap, jika kita rindu seseorang, orang itu juga rindukan kita. Bullshit!

Pegangan itu membuatkan kita hidup dalam mimpi. Mungkin perkara yang betul, jika kita rindukan seseorang, orang itu mungkin memerlukan doa dari kita. Bolehkah aku fikir begitu?

Maka aku selalu mendoakanmu moga moga hidup mu tenang dan senang. Jagaku di tengah malam diganti dengan tahajud. Rasa sangat malu dengan Tuhan kerana terbawa-terbawa perasaan.Sedar-sedar engkau sekarang sekadar menjadi lelaki yang pernah kukenal.Maafkan aku.

Entahlah, cuma satu perkara penting yang aku belajar, cinta jarang memerlukan alasan. Tidak seperti benci - benci selalunya bersebab. Cinta itu buta dan tidak berlogik.Sebab itu banyak manusia hilang arah, bila bercinta lupa diri. Entahlah, mungkin aku salah.

Dan saat orang lain mengutuk Zulaikha - wanita yang curang dan tidak sedarkan diri itu, aku diam diam menyelusuri kisahnya. Memahami kegilaannya. Gila Zulaikha terhadap Yusoff sama saja seperti manusia lain yang gilakan harta benda, wanita dan pangkat. Sama saja.

Sekarang aku bersyukur engkau pergi. Walaupun dulu aku tidak faham, kenapa. Bertahun-tahun aku bersedih. Tetapi aku teringat saat Zulaikha dipisahkan dari Yusoff. Kedua-dua mereka beroleh kebaikan yang banyak.

Masa yang berlalu penuh dengan air mata rupanya tidak sia-sia. Tuhan mahu aku belajar bersedih, belajar kenal diri dan belajar kenal Dia.

Benar, jika kita tengah patah hati tidak ada nasihat pun akan lut. Berbuih la mulut pakar motivasi dan lagu lagu sedih takkan siapa dapat merawatnya melainkan diri sendiri.

Hati mahukan apa yang hati mahukan walaupun beribu alasan logik untuk melupakan mu.

Entahlah Eusoff, mungkin ini surat terakhirku. 

Hamba Allah,
Ika.
She lost him but she found God. She win.InshaaAllah.




Nota : Entri berkait di sini.

Comments

Popular Posts