Entri 140 : Adil

Orang yang duduk mengata orang yang berjalan
Orang yang berjalan mengata orang yang berlari
Orang yang berlari mengata orang yang duduk

Orang yang berjalan mencemuh orang yang berlari
Orang yang berlari mencemuh orang yang duduk
Orang yang duduk mencemuh orang yang berlari

Berjalan, Berlari atau Duduk.

Tiada yang salah.

Selagi kita mencari dan mengikut jalan yang lurus.
Maafkanlah jika tersesat saat mencari
Maafkanlah jika penat dan mahu duduk
Maafkanlah jika berjalan kerana sudah lama berlari
Maafkanlah jika berlari kerana masa yang kian suntuk


20200321

Comments

Popular Posts