Entri 143 : Hari yang 38 kan?

Sedar tak sedar masa berlalu, lebih dari suku daripada 2020. Esok lusa Ramadhan. Pastinya puasa kali ini langsung tidak sama seperti puasa sebelum sebelumnya.

Di era 2020 ini tiada kereta terbang. Dia tidak berharap kewujudan kereta terbang, cukuplah dengan kapal terbang, helikopter, dron dan benda-benda lain yang berterbangan.

Semasa mula mula menyambut tahun baru, dia tertanya-tanya sendiri. Mana gol dan pelan tahun ini? Dirinya memaki, 'Apa nak jadi dengan kamu ini?'

Rupanya seperti insan insan lain di dalam dunia, tahun 2020 adalah tahun dipaksa belajar.

Hari yang pertama
Anda unik , tidak ada sesiapa seperti anda. Orang lain juga unik, tidak ada sesiapa seperti orang lain. Jadi masihkah kita ini dikira unik? Mempertikaikan tentang keunikan jelas sekali membuang masa di dunia yang masing masing serba unik ini.

Hari yang ke-dua
Kemampuan untuk hidup seadanya. Boleh bangun pagi, boleh berbual dengan keluarga, boleh bermesra dengan kawan, berjalan ke sana sini. Sibuk atau tidak. Gagal dan gagal lagi. Rupanya itu nikmat yang terbesar di era yang kebanyakannya digital.

Hari yang ke-tiga
Anda yang berjalan, berlari atau mengengsot dalam kehidupan anda. Bukan mak ayah anda, bukan kawan-kawan anda, bukan idola anda dan juga bukan pakar motivasi. Dengarlah nasihat sebanyak-banyaknya, bacalah buku bertimbun-timbun akan tetapi pada akhirnya anda yang memutuskan hidup anda. Bukan orang lain!

Hari yang ke-empat
Sedangkan bayang-bayang sendiri pun boleh meninggalkan anda di saat kegelapan apatah lagi_________.

Hari yang ke-lima
Kita berubah kerana orang mengambil berat. Menang berdebat belum tentu menang di hati orang. Belajarlah mengambil berat tentang orang lain.

Hari yang ke-enam
Tujuan hidup ialah mati, cabaran hidup ialah untuk mati dalam keadaan baik.

Hari yang ke-tujuh
Hidup ini mengikut keutamaan. Jika anda mengutamakan diri anda ; orang lain mengutamakan diri mereka. Jadi siapa selfish apabila masing masing berpegang diri sendiri yang paling utama?

Hari yang ke-lapan
Peliharalah hubungan mereka yang menjaga solat anda walaupun solat mereka sendiri belum tentu sempurna. Ramai yang solat tapi tak menjaga kebajikan orang lain untuk solat. Bukan semua mampu mengambil berat.

Hari yang ke-sembilan
Memelihara hubungan sesama manusia lebih utama kebanyakan lebih baik dari menjadi betul.

Hari yang ke-10
 'Jumpa di Padang Masyar?'Alangkah bagusnya jika boleh angkat kerusi meja , duduk minum kopi dan bincang bincang di sana. Mungkin lebih baik berkata kutunggu mu di syurga nanti inshaaAllah.

Hari yang ke-11
 Di dunia ini perlu usaha, belajar dan kerja. Tentulah kita rasa penat dan menua. Berehatlah sekejap, kerana bersenang lenang cuma di syurga nanti.


Hari yang ke-12
Dan hari hari masih lagi mendatang, selagi nyawa di kandung badan.

Hari yang ke-13
Jika hidup membujang itu mudah, kenapa semua orang hendak berkahwin? Ada sesiapa yang mahu jadi bujang sampai mati?


Hari yang ke-14
Jika isteri boleh dicari lain, maka suami pun boleh dicari lain. Kadang-kadang kita bukanlah sesiapa tanpa pasangan kita.

Hari yang ke-15
 Kita jadi baik bukan sebab kita ini baik. Esok lusa kita boleh jadi jahat. Hati hati dengan hati kita.


Hari yang ke-16
 Orang lain mempunyai sebab sendiri kerana mereka bertindak, perlukah anda menghabiskan masa anda yang sedikit itu untuk memikir dan menganalisa tentang tindakan mereka terutama jika ianya tidak berkaitan dengan anda. Emm.. perlukah?

Hari yang ke-17
Manusia boleh mengkhianati manusia, begitu juga teknologi. Manusia boleh menyayangi, teknologi?

Hari yang ke-18
Jika sukar lena di atas katil yang empuk, mungkin tidur di lantai membuatkan anda lena.

Hari yang ke-19
Segala paparan di media sosial bukan semua indah begitu juga realiti. Namun realiti taklah seburuk yang disangka.Selalunya lebih baik.

Hari yang ke-20
Soal hati orang bukan soal hati anda. Berhentilah serabut perkara yang tak perlu.

Hari yang ke-21
Seseorang itu tidak berkongsi sesuatu di sosial media bukan kerana ianya rahsia tapi mungkin kerana ianya hummm... 'it's none of your business'.

Hari yang ke-22
Berfikir seorang diri lapan juta kali tidak sama dengan berbincang. Berbincang juga tak sama lapan juta kali dengan berfikir seorang diri.

Hari yang ke-23
Hidup kita memang lain lain tapi petua daripada orang lain dapat menjimatkan masa Jadi tak perlu berkeras nak mencipta roda yang dah ada. Kita tak ada masa!

Hari yang ke-24
Matang tak semestinya tua dan tua tak semestinya matang. Jika boleh dipilih umur dan kematangan pilih matang. Buang masa bersama orang tua tapi tidak matang-matang.

Hari yang ke-25
Jangan takut orang akan riak bila anda memuji. Tapi takutlah niat hati sendiri bila memuji. Kita tak tahu niat orang, tapi kita tahu niat kita sendiri.

Hari yang ke-26
 Bersiap di waktu pagi dan bersiap sebelum tidur adalah perkara kecil yang mengubah hidup.

Hari yang ke-27
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Jangan! 

Hari yang ke-28
 Akhirnya mereka yang bermanfaat kepada orang lain juga yang beruntung dunia dan akhirat

Hari yang ke-29
Orang itu dikira beriman jika dia menyayangi orang lain lebih dari dirinya.

Hari yang ke-30
 Kenalan anda ramai, berapa ramai yang anda yakin yang akan mengiringi anda ke kubur dan mengepilkan doa untuk anda sepanjang masa?

Hari yang ke-31
Pernah dengar tentang sosial produktiviti  atau penangguhan yang produktiviti?

Hari yang ke-32
Hamster bukan pengotor. Manusia yang mengurung mereka di sangkar kecil di mana mereka terpaksa makan dan berak di situ dan juga digelar pengotor? 
Sampah itu kan dicipta oleh manusia!

Hari yang ke-33
Hati hati dengan mereka yang menguruskan makan minum anda.

Hari yang ke-34
Inilah tahun di mana kita belajar solat di rumah, belajar kenal sayur dan balik ke asas! Mungkin selama ini kita di luar terlalu lama sampai terlupa keadaan di dalam.

Hari yang ke-35
Jika 21 hari diperlukan untuk membentuk habit. Tahniah, kita sudah berjaya menjadi home person.

Hari yang ke-36
Antara yang dibenarkan bertawaf ketika ini adalah tukang cuci. Kebersihan separuh dari iman kan?

Hari yang ke-37
Suara jujur lebih lantang dari suara ramai, ikutlah suara hati kamu.

Hari yang ke-38
 Diam lebih baik . Aa..a.. nak buat apa tu? Kan...diam lebih baik. 

Sumber :AstroAwani

Comments

Popular Posts