Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Entri 147 : Syawal 1441

Emak membebel, seperti biasa dialah yang paling awal bangun. Pukul tiga pagi. Anaknya yang paling awal pun boleh bangun pukul lima, itupun kadang kadang pukul 6 pagi. Emak adalah sejenis yang tidur awal lepas tu bangun awal. Dia tidur sebelum Isya kemudian bangun solat dan baca quran lepas tu memasak. Awal dan kalutnya kadang kadang tak boleh bawa berbincang lebih lebih lagi di musim perayaaan. Perkara-perkara penting yang anak anak wajib buat supaya emosi emak stabil sepanjang raya ialah :  ☑ Daun palas untuk ketupat mesti dah siap dicucuk. Nanti senang nak letak pulut. ☑ Bangun awal dan keluar seawal jam 7 untuk beli ayam khusus di Ayam Lan. Kalau lambat habis dan kalau habis boleh beli dekat market tapi tadahlah telinga sepanjang raya dan berdoalah supaya rasa ayam market tu tak mencemari rasa rendang dan kuah nasi impit. Cerewet lidah emak tak boleh tahan kadang-kadang tak boleh dibawa berbincang. ☑ Goreng kacang siap siap untuk kuah nasi himpit jangan sampai hangit.

Entri 146 : Saya perasan

15052020 Hari ini cubalah mula menulis dengan perkataan , 'Hari ini saya perasan...' Hari ini saya perasan sudah dua tiga hari saya tidur lewat sebab tak boleh tidur. Simptom PMS barang kali. Setiap tahun begitulah polanya, awal Ramadhan dan hujung Ramadhan saya tidak dapat berpuasa dek aktiviti penyelenggaraan badan yang berlaku setiap bulan. Saya rasa emosi terganggu, tiba tiba rasa sedih macam nak menangis. Bila diteliti rupanya bulan merah mengambang. Saya terfikir, jikalah setiap kali bulan merah begini kejadiannya bagaimana pula kalau mengandung? Tentulah emosi lagi tidak menentu. Bukan senang rupanya kalau Allah sudah cipta roh kita dalam badan yang bertanggungjawab untuk melahirkan manusia. Walaupun belum tentu berpeluang untuk beranak, penyelenggaraan bulanan  berjalan seperti biasa. Saya memikirkan dalam keadaan emosi yang ke Laut Cina Selatan ini, Allah memberi saya kelepasan untuk tidak berpuasa, solat ataupun membaca alQuran. Seperti Alla

Entri 145: Sejarah

"Errkk.. tak minat lah sejarah." "Ngantuk." "Tak suka baca." "Tak suka hafal." Itulah rungutan masa belajar, malah bila dah besar panjang masih ramai tak minat sejarah. Tapi sejarah orang lain minat pula. Menggeleng kepala bila sejarawan, arkeologis dan para ilmuwan bila melihat tinggalan sejarah bumi ini dikaji tanpa jemu oleh orang asing. Bangsa yang tidak mengenali dan memahami sejarahnya adalah bangsa yang tidur. Bangsa yang sudah dicuci-otaknya mungkin. Supaya mereka sentiasa berfikiran miskin, pemalas dan tidak mampu. Supaya sentiasa mengagung melihat orang lain tapi memperlekeh diri sendiri.  Perhatikan dengan mata hati, ada sekarang negara yang rakyatnya dicuci-otaknya? Sehingga menyangka pemimpin mereka tidak pernah berak dan patut disembah? Siapa kata sistem mencuci-otak tidak berkesan. Ianya sudah lama diguna pakai ribuan tahun lampau. Periksa balik buku Sejarah yang menjemukan itu. Baca deng