Entri 145: Sejarah


"Errkk.. tak minat lah sejarah."

"Ngantuk."

"Tak suka baca."

"Tak suka hafal."

Itulah rungutan masa belajar, malah bila dah besar panjang masih ramai tak minat sejarah. Tapi sejarah orang lain minat pula.

Menggeleng kepala bila sejarawan, arkeologis dan para ilmuwan bila melihat tinggalan sejarah bumi ini dikaji tanpa jemu oleh orang asing.

Bangsa yang tidak mengenali dan memahami sejarahnya adalah bangsa yang tidur.

Bangsa yang sudah dicuci-otaknya mungkin. Supaya mereka sentiasa berfikiran miskin, pemalas dan tidak mampu. Supaya sentiasa mengagung melihat orang lain tapi memperlekeh diri sendiri. 

Perhatikan dengan mata hati, ada sekarang negara yang rakyatnya dicuci-otaknya? Sehingga menyangka pemimpin mereka tidak pernah berak dan patut disembah? Siapa kata sistem mencuci-otak tidak berkesan. Ianya sudah lama diguna pakai ribuan tahun lampau.

Periksa balik buku Sejarah yang menjemukan itu.

Baca dengan hati dan tanya diri sendiri banyak soalan.

Betulkah  tiada siapa yang menghuni Pulau Pinang sebelum mereka?

Betulkah Kesultanan Melaka itu primitif? Kalau betul kenapa susah sangat nak menang? Nak menang pun dengan cara merasuah.

Eh kenapa lain pula lukisan peta Selat Melaka dalam dokumen penjajah?

Apa itu Kedah Tua? Negeri yang sentiasa kalah?

Bangsa ini meminati bunga dan tumbuhan, habis segala negara dinamakan sempena nama bunga dan tumbuhan.

Bila baca Sejarah ... jangan baca saja.
Kaji kaji dan tanya diri sendiri. 
Jangan percaya bulat-bulat dan jangan pula taksub.

Lihat kajian pakar-pakar, jangan tengok panglima papan kunci!

Mungkin kita akan lebih menghargai orang tua dulu dulu.

Mereka  yang menanam pokok yang mereka tahu mereka belum sempat makan. 

"Tanamlah pokok, moga moga anak cucu boleh makan." 

Itu harapan mereka. Tidak memikir diri sendiri.

Kerana mereka kita kenal iman. Untuk mereka pahala yang tak putus-putus.

Mungkin ini saatnya kita mengosongkan perut dan memenuhkan otak.

Kerana belum tentu otak kita takkan dibasuh nanti.



Comments

Popular Posts