Entri 146 : Saya perasan

15052020
Hari ini cubalah mula menulis dengan perkataan , 

'Hari ini saya perasan...'

Hari ini saya perasan sudah dua tiga hari saya tidur lewat sebab tak boleh tidur. Simptom PMS barang kali. Setiap tahun begitulah polanya, awal Ramadhan dan hujung Ramadhan saya tidak dapat berpuasa dek aktiviti penyelenggaraan badan yang berlaku setiap bulan.

Saya rasa emosi terganggu, tiba tiba rasa sedih macam nak menangis. Bila diteliti rupanya bulan merah mengambang. Saya terfikir, jikalah setiap kali bulan merah begini kejadiannya bagaimana pula kalau mengandung? Tentulah emosi lagi tidak menentu.

Bukan senang rupanya kalau Allah sudah cipta roh kita dalam badan yang bertanggungjawab untuk melahirkan manusia. Walaupun belum tentu berpeluang untuk beranak, penyelenggaraan bulanan  berjalan seperti biasa.

Saya memikirkan dalam keadaan emosi yang ke Laut Cina Selatan ini, Allah memberi saya kelepasan untuk tidak berpuasa, solat ataupun membaca alQuran. Seperti Allah berbicara dengan saya ,
'Nah, ambillah masa untuk berehat.Kamu berfikir melampau lampau.' 

Begitu Allah itu Maha Pengasihan.

Terharu kan. Saat bila kita buang tabiat, tiba tiba selesa tidur di atas lantai berbanding katil. Tidak makan walaupun boleh makan apa sahaja. 

Hidup dalam dunia ini , jika kita mempunyai dua kaki dan tidur yang lena kita sudah menjadi yang cukup.










































Comments

Popular Posts