Skip to main content

Entri 147 : Syawal 1441

Emak membebel, seperti biasa dialah yang paling awal bangun. Pukul tiga pagi. Anaknya yang paling awal pun boleh bangun pukul lima, itupun kadang kadang pukul 6 pagi.

Emak adalah sejenis yang tidur awal lepas tu bangun awal. Dia tidur sebelum Isya kemudian bangun solat dan baca quran lepas tu memasak. Awal dan kalutnya kadang kadang tak boleh bawa berbincang lebih lebih lagi di musim perayaaan.

Perkara-perkara penting yang anak anak wajib buat supaya emosi emak stabil sepanjang raya ialah : 

☑ Daun palas untuk ketupat mesti dah siap dicucuk. Nanti senang nak letak pulut.
☑ Bangun awal dan keluar seawal jam 7 untuk beli ayam khusus di Ayam Lan. Kalau lambat habis dan kalau habis boleh beli dekat market tapi tadahlah telinga sepanjang raya dan berdoalah supaya rasa ayam market tu tak mencemari rasa rendang dan kuah nasi impit. Cerewet lidah emak tak boleh tahan kadang-kadang tak boleh dibawa berbincang.
☑ Goreng kacang siap siap untuk kuah nasi himpit jangan sampai hangit. Tak boleh halus sangat dan tak boleh kasar sangat.
☑ Radio semestinya Klasik Nasional jangan memandai nak alih.

Yang lain-lain seperti kemas rumah, basuh beras, tolong goreng dan kacau  itu ini adalah rutin hari raya. Oh jangan nak mengada bangun pukul lapan pagi, tak dibuat orang dalam rumah ini kecuali mereka yang sampai semalam atau di pagi raya. Yang lain silakan tidur atas risiko sendiri.

Kemudian bila pulut dah siap, kena balut ketupat. Masa ini tutorial ulangan cara balut ketupat palas akan diiringi dengan bebelan, 'Setiap kali raya setiap kali lah tanya ketupat jantan atau betina.' Kemudian adik beradik pakat lawan meriyak balutan siapa paling kemas dan paling tak jadi disambut dengan hilai ketawa.

Yang mana nak buat kuih saat terakhir masa ini juga sampai oven tu minta nyawa dek kerana dua tiga jenis kueh sekali harung. Antara kueh yang popular ialah biskut mozila, qukis. Itu tak termasuk resepi yang di Google saat akhir,

Pagi Raya.

Pagi raya adalah kebanyakan drama terjadi. Segala drama kueh tak jadi, bising bergaduh bab siapa kena seterika baju, berebut bilik air, anak tudung dan kerongsang aku di mana dan pelbagai lagi. Juga masing-masing mengungkit peristiwa solat di Masjid Putrajaya dek adik beradik ralik bersembang sehingga terlambat dan terlepas solat raya. 

Semuanya tinggal kenangan tahun ini.

Besan emak meninggal di bulan puasa.

Mak long; kakak emak meninggal baru baru ini di bulan puasa.

Anak emak di Kuala Lumpur dan Perak tak dapat balik beraya.

Tahun ini emak monyok walaupun ketupat, nasi impit dan pelbagai juadah tersedia. Monyok monyok emak tak pernah dia ponteng memasak di hari raya. Bila buat video call dengan line tersekat sekat emak menangis.

Sedih.

Moga moga cepatlah berlalu covid ni. Penat dah nak tengok phone sendiri sendiri. Nak jumpa orang, nak peluk cium orang.

                                               Selamat Hari Raya. Maaf  Zahir dan Batin


Comments

  1. InsyaAllah..sikit lagi...nnt kita raya sekali lagi bila habis covid ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u