Entri 151 : Doa untuk mat motor

Hari Ahad yang lalu.
Memandu kereta oren sendirian dari Hospital Sungai Petani.
Ahad adalah Isnin bagi Kedah Darul Aman.
Suatu pagi yang sibuk.

Bila kita merungut tentang orang lain, ianya petanda untuk kita. Mesti ada celah celah mana yang perlu diperbaiki atau dihindari. Kadang kadang tidak ada apa yang perlu dibaiki kerana jalan keluarnya ialah menghindari.

Tiba tiba kereta di hadapannya berhenti secara mengejut dan kemudian terus bergerak ke depan. Kemudian sedar-sedar di atas jalan seekor anak kucing tercapik capik ketakutan.

Oh, lantas berhati hati dia mengelak sambil berdoa janganlah anak kucing itu berlari ke arah tayar keretanya. Tidak ada bunyi crittt... bermakna keretanya tidak melenyek anak kucing tersebut.

Sambil melihat cermin pandang belakang, anak kucing itu masih tercapik capik di tengah jalan. 

Kesakitan dan keliru. Tuhan saja yang tahu.
Ya Allah, selamatkan anak kucing tu.

Dia menekan lampu isyarat ke kiri berkira kira untuk berhenti sambil berharap tidak ada kenderaan sempat melenyek anak kucing yang panik itu sebelum dia sempat mengambilnya. 

Tiba-tiba ada seorang lelaki menaiki motosikal sepantas kilat meraup anak kucing tersebut, meletakkannya dalam raga motosikal dan berlalu pergi.

Ya Allah rahmatilah lelaki itu
Jadikan dia anak, suami dan bapa yang soleh.

Benar, kadang kita terlepas pandang. 

Mereka yang bermotosikal inilah paling mudah berhenti untuk memberikan pertolongan jika ada kemalangan, tayar pancit dan sebagainya.
Merekalah yang selalu mengutip sisa kayu, tayar lori dan pelbagai benda di atas jalan yang berkemungkinan mengancam keselamatan pengguna lain.


Mereka frontliner di jalan raya yang melakukan sesuatu ikhlas kerana belum kita akan ingat mereka saat kita menikmati perjalanan yang lancar kerana pahala pahala KECIL mereka.





Comments

Popular Posts