Entri 154 : Typo

Nota : Bayangkan semua perbualan di bawah dalam Bahasa Inggeris. Just bayangkan jer la

"Ejaan sepatutnya Country bukan County."

Sakit matanya melihat county merata-rata. Lantas dibetulkan menjadi Country.

Registration County --> Registration Country

Kan cantik?

"Humm... kenapa Country sedangkan semua isi picklist adalah State?" Ya, ada yang bertanya.

"Entah, sebelum ini County. Mereka tak namakan sebagai State pun. " Diam, state dan county sangat berbeza bunyinya.

"Kenapa database tak nak accept?"

Dia merenung skrin; terlampau banyak county dalam pengkalan data. Typo terjadi cuma sekali sekala akan tetapi jika merata tempat terutama yang dilakukan oleh natif Inggeris.

Matanya terbaca satu comment

"It's not country, it is COUNTY."

Nampaknya dia bukanlah orang yang pertama cuba membetulkan county kepada country.

"Pssttt... county tu betullah. Bukan typo"

Masing masing diam dan menaip 'county' di Google

county

Comments

Popular Posts