Entri 158 : Makbul

Orang kata kalau sayangkan seseorang masukkanlah dia di dalam doamu, setiap saat..setiap masa.

Itu sebenar-benarnya sayang.

Namun, alangkah indahnya jika kita menjadi doa yang dimakbulkan buat orang yang kita sayang.

Seperti doa ibu bapa terhadap anak. Ianya adalah doa yang makbul apabila ibu bapa mencurah kasih sayang terhadap anak-anak. Tidak sekadar berdoa.

Seperti doa anak anak kepada kedua ibu bapa.

Mungkin dengan menjadi anak yang soleh lebih bererti daripada doa doa untuk ibu bapa yang kadang hanyut dibawa angin. Didengari Tuhan namun hilang tanpa bukti.

Seperti kamu, aku tahu kamu sentiasa mendoakan aku.

Terima kasih. Aku sangat butuhkan doamu.

Namun jauh di sudut hati, aku berharap kamu adalah di antara doaku yang dimakbulkan.


Comments

Popular Posts