Entri 160 : Multidimensi

 Hujan pagi. Hampir setiap hari kebelakangan ini di bulan September.

Dia tiba awal di Verve Shop, hujan rintik rintik di pagi Ahad tidak menghalang penghuni sini keluar berlari atau walk the dog.

Ragam manusia pelbagai, lain kawasan lain karakter. Pemandangan ini jarang dilihat di Taman Melati. Setelah tiga kali dia berada di kawasan Mont Kiara waktu pagi dan petang dia seolah olah absorb mengadaptasi rutin harian di sini. 

Ragam manusia, seorang mempunyai 1001 karakter yang mungkin tidak disedari sendiri.

Mungkin dia seorang sahabat yang baik untuk beberapa orang  tetapi masih mencuba untuk mereka yang lain.

Mungkin dia seorang ibu, bapa  yang baik tetapi masih bersusah payah menjadi anak yang baik.

Mungkin dia bukan pekerja cemerlang tetapi dia adalah pengurus yang bijak.

Kita tidak boleh dan tidak akan dapat memakai wajah. Dalam hidup sejak dilahirkan kita sudah mempunyai pelbagai wajah, yang melengkapkan ekosistem dunia ini.

Cuma satu wajah sahaja yang dinilai Tuhan. Wajah sebagai hamba yang mempunyai pelbagai wajah.

Kita diciptakan pelbagai dimensi.

Apabila kita lahir, kita terpilih sebagai anak, cucu, adik atau kakak. Kemudian kita menambah lagi dimensi kita tanpa mengurangi dimensi yang lain. Kita akan menjadi isteri, suami kemudian ibu dan bapa.

Dan dimensi kita meningkat seperti meningkatnya umur kita.Dan setiap dimensi itu meluas setiap satunya tentulah atas tangan kita yang memilih dan juga campur tangan Tuhan.

Kerana itu kadang-kadang kita terkeliru atau mungkin disalah faham sebagai hipokrit. Apatah bahu kita tidak mampu memikul dimensi dimensi yang bertambah dan saat itu kita terlepas dimensi dimensi lain.

Kita manusia yang mengumpul dimensi dimensi tersebut dan membayangkan semuanya dapat kita lalui dengan indah. Namun apabila salah satu dimensi jatuh bersepai kita kecewa dan melepaskan dimensi-dimensi lain.

Dimensi-dimensi ini tidak akan kehabisan dan akan bertambah selagi hayat di kandung badan atau mungkin berkurang. Mungkin bukan dimensi yang dinilai tetapi kita yang hidup dalam pelbagai dimensi.




Comments

Popular Posts