Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Entri 164 : Bunga ...

I anya bermain main dalam minda sejak beberapa lama yang lalu. Tetapi tidak dihiraukan kerana mungkin bisikan nafsu untuk dia membeli. Sehingga baru-baru ini dia menjumpai pasu berwarna ungu jernih saat mengemas.  Petanda yang terang lagi bersuluh! Pasu tanpa bunga seperti jasad tanpa roh. Tapi bunga akan layu... Benar, tapi bunga segar itu bila kering mereput menjadi baja.  Tidak seperti bunga plastik, apabila dibuang menjadi sampah. Melihat dan menciumnya tidak sama dengan bunga plastik. Cubalah beli satu dan lihat sendiri. Hatinya menggoda lagi dan kali ini dia memutuskan untuk beli. Saat dia terpaku di kedai bunga tidak tahu memilih yang mana satu. Tidak menyangka jadi begini saat dia bangun awal pagi dan singgah kedai yang salah, bukan salah tetapi kedai tersebut berpindah ke tempat baru 1 Oktober dan dalam kedai ini dia terpana melihat bunga bunga. Hatinya teringin ros merah tapi ... "Cuba campurkan dengan carnation" cadang penjual bunga.  Dia tidak yakin, masakan mera

Entri 165 : The philomel

T his entry was parked under my draft quite some time, I was having hard time to choose to write this in Malay or English.  It is not because I am good in both language, in fact I am not good in both. Either one makes me tremble whenever I type the word, thinking whether is it proper, is it the right one?  Honestly, there is no word to describe feeling. We I always use the word as metaphors to describe it and most of the time peoples get misunderstanding regardless what word we I chose. Plus typo all over the places, some small mistakes such missing important coma ,  but or pause can cause catastrophes. Such as we and I, since I was small I used the word kita  to represent I but actually kita means we . Because of the misplaced ' kita' sometimes I get into troubles. I have to correct it every-time I accidentally use it - nope kita does not mean you and me but it means me -- but kita means we ... and there we go to the next argument. Trying to straighten me to use say

Entri 163 : Helicoprion

 J ika ditakdirkan kita bersayap adakah kita akan terbang mengejar mimpi?  M engelilingi dunia dan mencari ketakjuban... A tau sekadar hinggap di pohon-pohon? J ika kita ditakdirkan kita ini bersirip, adakah sanggup kita menyelam ke dasar lautan? D emi mencari punca hidup? Atau mencari helicoprion . A dakah kita manusia yang sentiasa berasa tidak cukup? A tau yang sentiasa berlapang dada dan mencukupkan? Club Med, Cherating 270920201146

Entri 162 : Benar?

D ia masih ingat rumah yang berdekatan dengan penjara Fremantle itu. Rumah rekabentuk kolonial itu membawa mereka ke era Victoria. Bau hapak seperti muzium dek barang barang antik yang tidak diketahui usianya.  Dia masih ingat di waktu malam dia cuba sedaya upaya tidak keluar dari bilik merayau di sekitar rumah. Patung-patung bertopeng dan kepala Buddha yang besar, terasa dirinya diperhatikan tatkala dia ke bilik air. Malah kepala paip diperbuat dari gangsa , berukir sangat antik ...dia cuba mengelakkan diri dari memandang ke cermin saat menggosok gigi. Tidak pasti apa yang menyeramkan, rumah itu atau penjara yang berjiran.   Seorang lelaki Itali duduk sambil mencuba gitar , dia melepak di rumah. Jarang sekali dia keluar. Dia masih ingat muka lelaki itu, memakai gelang etnik di tangan berambut ikal paras bahu. Mungkin umurnya awal dua puluhan. "Lelaki Itali tu sepertinya seorang lelaki yang baik." komennya saat tuan rumah meluahkan rasa risau. "Ya, dia seorang yang baik