Skip to main content

Entri 165 : Tulang Belakang

 Lewat pagi Ahad beberapa minggu ini rutin paginya ialah bergegas berjumpa kiropraktor dan selebihnya me-time di mana dia memperuntukkan masa untuk menulis beberapa entri, membeli barang dapur dan lain-lain.

Dalam tempoh Covid ini dia belajar banyak perkara. Tentang bunga, tentang depresi, tentang tulang belakang dan tentang penulisan. Mungkin hikmah perintah berkurung membuatkan dia mempunyai banyak masa untuk belajar dan muhasabah, menilai semula hidupnya.

Teringat cerita Yusoff yang lebih menyukai penjara dari hidup luar yang liar dan kalut. Selepas keluar penjara, Yusoff menjadi orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta kerajaan Mesir. Jika orang itu menkehendaki kebaikan, di penjara pun dia akan mendapati kebaikan dan pelajaran.

"Bagaimana ya untuk mengubah persepsi orang tentang kesihatan tulang belakang?" tanya doktor yang merawatnya.

Bukan senang hendak mengubah persepsi orang lain, persepsi sendiri pun kebanyakan susah diubah. Tulang belakang tersorok di dalam badan, tidak kelihatan seperti jerawat di muka.

Jika muka naik biji, seseorang akan mengambil setiap langkah dari penjagaan kulit serta pemakanan dan juga mungkin mengelak selfie atau berjumpa orang seberapa ketika. Kerana jerawat yang kelihatan itu sangat annoying bukan?

Dia mendapat kesedaran tulang belakang pun dek kerana depresi beberapa bulan sebelum ini. Kebimbangan yang melampau, tentang masa depÄn dan masa lampau membuatkan badannya bertukar ke emergency mode, air mata mengalir tanpa sebab, tidak tidur tidak lalu makan. Bunyi seperti orang mabuk kepayang kan?

Bukannya dia tidak tahu tentang kiropraktor, sudah lama. Sebelum Covid, malah dia yang mencadangkan teman sekerjanya berjumpa kiropraktor apabila temannya merungut sakit lutut.

Rupanya bukan masalah lutut tetapi masalah tulang belakang dan pelvis. Kebanyakan masalah berkaitan tulang belakang dan sendi hanya muncul di usia besar. Akan tetapi punca sakit bukan kerana usia tetapi gaya hidup masa muda yang kelam kabut. 

Cara jalan tergesa-gesa, cara bekerja, cara lihat phone, cara baring, duduk berjam-jam. sapu sampah, vacuum, berdiri,  membawa barang, dukung anak, senaman....duduk...bangun...berjalan...berlari...baring...

Gaya hidup muda

yang serba pantas

kelam kabut dan terkejar-kejar

Punca yang infiniti, merangkumi hidup seharian dan kita terlupa ianya bukan sekadar menggunakan kaki dan tangan tetapi tulang belakang. Malah saat kita duduk bersantai dengan anggapan kita sedang berehat sebenarnya tulang belakang sedang terbeban.

Dan saat kita tersedar, oohh mungkinkah sudah terlambat?! Saat itu kita merayu pada doktor atau mungkin lebih kepada memberi arahan terutama bila melihat kos rawatan yang melambung.

"Doktor, saya mahu selepas rawatan saya terus sihat dan kembali ke sedia kala."

"Doktor, kenapa perlu rawatan banyak kali?" Mula timbul syak wasangkan apabila kos satu sesi kadang mencecah ratusan.

"Eh, betul ke serius ke doktor. Saya tak rasa sakit pun."

Kalau doktor itu turun dari langit sekalipun dia tidak dapat menyembuhkan. Bukan kerana rawatan tetapi gaya hidup. 

Seorang perokok yang berhenti merokok tidak akan mendapat paru-paru yang segar seperti waktu dia dilahirkan. Mustahil.

Memang patut dia bersyukur kerana Allah mengurniakan dia kemurungan lalu dia belajar dan merawat. Segala persoalan mengapa dia jalan senget dari bangku sekolah dan selalu seperti tersadung terjawab. Dan mungkin kejadian dia jatuh di dapur baru-baru ini adalah pencetus segala-galanya.

Tulang belakang.

Tahu kenapa apabila sesuatu itu digelar tulang belakang? Contoh; emak adalah tulang belakang keluarga. Banjaran Titiwangsa adalah tulang belakang Malaysia.

Kerana tulang belakang adalah asas dan sayangnya ianya tersembunyi maka kepentingannya dianggap remeh. 

Ironis bukan, kerana ianya tidak kelihatan maka ianya dilayan seperti tidak ada.

Selama ini dia menumpukan perkara yang orang lain nampak atau yang jelas di matanya. Dia tidak mengendahkan perasaan atau mendalami kehendak tubuhnya.

"Sekarang saya tahu betapa pentingnya regangan dibuat setiap hari, bukan hanya waktu sebelum berjogging tetapi setiap hari without fail."

Dia memberitahu doktor.

"Kerana walaupun saya hanya duduk setiap hari sebenarnya tanpa sedar saya menyiksa tulang belakang saya."

"Betul." Doktor tersenyum sambil menekan dan merasa bahagian otot tubuhnya.

Photoshoot setelah bersarapan di Kenny Hills Bakers

Nota penulis :

- Penulis mendapatkan rawatan di Chirozone


Comments

  1. Ya Allah, rindunya nak baca tulisan Unid. Perkongsian yg baik Unid, I dapat ilmu baru harini pasal kitopraktor. Thankss

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, rindunyaa nak baca tulisan Unid. Terima kasih Unid atas perkongsian yg sangat bermanfaat. Memang tak banyak yg tau pasal kiropraktor. Buat I terinspirasi nak jenguk blog I yg dah berhabuk tu. Jaga diri Unid. Keep inspiring people around you & take care.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, rindunyaa nak baca tulisan Unid. Terima kasih Unid atas perkongsian yg sangat bermanfaat. Memang tak banyak yg tau pasal kiropraktor. Buat I terinspirasi nak jenguk blog I yg dah berhabuk tu. Jaga diri Unid. Keep inspiring people around you & take care.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u