Entri 91 : Laut

cerita

  Kadang-kadang dia tidak mengerti.Dia mencari-cari hikmah?Mencari kenapa tetapi masih belum ditemui. Tania ialah seorang guru yang ceria dan disukai anak-anak.Memang bakatnya mengajar , apa yang diajar mudah difahami anak-anak. Itu adalah bakat dan cita-cita Tania sehingga dia menemui Eric,lelaki bermata biru yang gilakan lautan. Tania sanggup meninggalkan kareernya.Terus menyukai lautan…bukan suka-suka tetapi gilakan lautan.Lelaki …

Continue Reading

Entri 90 : Adil

cerita

  Pernahkah kamu rasa berada di sesuatu tempat yang bukan milikmu? Walaupun mereka cuba menerimamu, tetapi terang-terangan kamu tidak ditakdirkan di situ. Walaupun kehadiran mu di situ bukanlah kehendak mu, malah bukan salah mu. Pernah rasa kekok? Menerima senyum yang dibuat buat? Menerima pandangan mata yang janggal? Saat mereka sedaya upaya berusaha menerimamu tapi dari …

Continue Reading

Entri 89 : Cinderella

cerita

Kamu dilahirkan sebagai khalifah,patutkah kamu berharap orang lain menghargai kamu sedang kamu sendiri tidak mahu menghargai diri sendiri? Dia memberhentikan kereta kecil di depan sebuah hotel mewah.Dia tercari-cari tempat parking yang sesuai, perlukah dia masuk untuk daftar dahulu dan tinggalkan keretanya di sini atau bagaimana? Bingung. Dia keluar dan bertanya kepada lelaki yang berdiri di …

Continue Reading

Entri 88 : Ujian

cerita

Nak hadiah notebook? Sila ke Entri 0: 2017 YANG BERMAKNA BAGIKU —————————————————————————————————– Beberapa hari yang lalu , hari yang dia sendiri sudah lupa. Nurindah : Ibu, Nur ada ujian.Ibu doakan ya?Ibu : Ibu mana pernah berhenti doa. Jawapan yang sama, yang berlalu ditiup angin dan tidak disimpan di dalam hati. Cuti umum, Maulidur Rasul. Buka buku …

Continue Reading

Entri 87: Doakan yang baik baik

cerita

Setiap pagi aku berjuang untuk bangun awal dan solat Subuh. Ada hari hari yang aku terlepas.Aku manusia. Setiap hari aku berjuang untuk kekal positif dan ceria,  namun ada hari yang aku kesal.Aku menangis.Aku hanyalah manusia. Setiap hari aku berkata kepada diri ku; gunakan hari ini untuk perkara-perkara berguna.  Di tengah malam, kudapati diriku berjaga, mengabaikan …

Continue Reading

Entri 86:Pilihan

cerita Uncategorized

Tiada manusia yang paling malang di dunia ini malah tiada pula yang paling beruntung. Untung , malang adalah perspektif kaca mata manusia. Jika ditanya sama malaikat, menjadi manusia itu beruntung.Malah lagi dicemburui iblis. Asalnya dari air mani yang hina, tidak dipandang sesiapa pun. Tiba-tiba jadi manusia yang cemerlang. “Sayangnya dia tidak sedar betapa cemerlangnya dia.Betapa …

Continue Reading

Entri 85 : Impian

cerita Uncategorized

Apa impian mu?Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang.Kamu tidak ingin bernikah?Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa …

Continue Reading

Entri 84 : Menang

cerita Uncategorized

“Ayah, cepat sikit.Razif dah lambat.” Razif panik apabila kereta ayah bergerak macam siput.Perlawanan pukul 4.00 petang dan sekarang sudah pukul 3.45 petang. Dia tidak boleh lambat.Dia pemain utama, tunggak kepada pasukan.Saat kereta ayah menghampiri pintu mini stadium dia sudah bersedia membuka pintu kereta.”Terima kasih yah.”ucapnya sambil melompat dari kereta. Saat dia sampai pasukannya sudah berkumpul …

Continue Reading

Entri 83 : Pengembala kambing

cerita Uncategorized

“Anehnya, kamu seorang pengembala kambing.Bagaimana kamu tahu membaca?” Suara kecil gadis itu terngiang ngiang ditelinganya.Sambil memejam mata dia terbayang mata besar anak gadis yang kurang lebih sebayanya apabila dia bercerita tentang Pergunungan Fagaras. Tujuan hidupnya adalah mengembara.Tetapi itu bukan tujuan ibu bapanya yang bertani.Mereka bekerja keras semata-mata hidup cukup untuk makan dan minum ,tidak lebih …

Continue Reading

Entri 82 : Muhasabah kematian

cerita Uncategorized

Seorang manusia tidak dapat memilih bagaimana kematianya, tetapi dia diberi peluang bagaimana untuk dia hidup Aku hanya boleh berkata, Aku mahu mati dalam Islam tetapi hanya Allah tahu bagaimana mati ku, sedang aku diberi pilihan untuk hidup sebagai Islam. Aku mahu mati dalam keadaan disayangi tetapi hanya Allah tahu siapa yang akan berdoa untukku sedang …

Continue Reading