Entri 84 : Menang

cerita Uncategorized

“Ayah, cepat sikit.Razif dah lambat.” Razif panik apabila kereta ayah bergerak macam siput.Perlawanan pukul 4.00 petang dan sekarang sudah pukul 3.45 petang. Dia tidak boleh lambat.Dia pemain utama, tunggak kepada pasukan.Saat kereta ayah menghampiri pintu mini stadium dia sudah bersedia membuka pintu kereta.”Terima kasih yah.”ucapnya sambil melompat dari kereta. Saat dia sampai pasukannya sudah berkumpul …

Continue Reading

Entri 83 : Pengembala kambing

cerita Uncategorized

“Anehnya, kamu seorang pengembala kambing.Bagaimana kamu tahu membaca?” Suara kecil gadis itu terngiang ngiang ditelinganya.Sambil memejam mata dia terbayang mata besar anak gadis yang kurang lebih sebayanya apabila dia bercerita tentang Pergunungan Fagaras. Tujuan hidupnya adalah mengembara.Tetapi itu bukan tujuan ibu bapanya yang bertani.Mereka bekerja keras semata-mata hidup cukup untuk makan dan minum ,tidak lebih …

Continue Reading

Entri 82 : Muhasabah kematian

cerita Uncategorized

Seorang manusia tidak dapat memilih bagaimana kematianya, tetapi dia diberi peluang bagaimana untuk dia hidup Aku hanya boleh berkata, Aku mahu mati dalam Islam tetapi hanya Allah tahu bagaimana mati ku, sedang aku diberi pilihan untuk hidup sebagai Islam. Aku mahu mati dalam keadaan disayangi tetapi hanya Allah tahu siapa yang akan berdoa untukku sedang …

Continue Reading

Entri 81 : Bunga

cerita Uncategorized

Pagi pagi buta Nurindah menelefon emak.Risau tentang pokok bawang yang makin mereput. “Emak, pokok bawang along kenapa mati?Along siram cukup, hari tu tumbuh okay.” “Ish.. mana lah emak tau.Along kena tuai kut?” “Tuai?Kena ambil bawang tu la kan?” “Ye kut.Amboi anak emak rajin menanam sekarang.”Emak gelak. “Takdalah emak.Ingat nak tanam pokok pokok sayur.Ada juga faedah,boleh …

Continue Reading

Entri 80 : Makan di bulan puasa?

cerita Uncategorized

Adakah entri ini akan dimaki?Saya memikirkanya berulang kali.Saya ingin menulis di wall Facebook, tetapi ayatnya menjadi panjang dan tidak teratur. Akhirnya saya memutuskan untuk menulis di sini dan jika ditakdirkan penulisan ini dimaki, saya berdoa supaya saya kuat. Saya dilahirkan perempuan di dalam Islam.Ya, agama yang memberikan kebebasan , belas kasihan terhadap wanita.Anda boleh lihat …

Continue Reading

Entri 79 : Duit kita

cerita Uncategorized

Haikal resah.Dua tiga hari ini fikirannya berserabut.Isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Hazim tetapi terpaksa dimasukkan ke dalam wad kerana kuning yang melampau. “Kebiasaannya ibu yang berdarah O memang  mempunyai risiko jaundis.Namun mujurlah anak tuan berdarah B.” Susu isteri seperti tidak dapat menampung keperluan bayi, terpaksa dicampur dengan susu formula.Namun kuning si anak …

Continue Reading

Entri 78 : Reset password

cerita Uncategorized

Sudah berhari hari rasanya teman serumah merungut tentang password Instagram. “Tak ingat password.” “Reset sajalah password.”Nurindah memberitahu,bagaikan angin lalu.Kemudian mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Suatu malam saat mereka melepak di ruang tamu. “Saya nak modify Instagram ni, tapi tu la masalahnya saya lupa password.” Nurindah mengerutkan dahi, ingatkan masalah tersebut sudah selesai beberapa hari yang …

Continue Reading

Entri 77 : Bising

cerita Uncategorized

Dunia ini dunia yang bising.Semakin lama semakin bising.Secara maya atau nyata ianya sangat bising. Semua mahu bercakap, jarang yang mahu mendengar.Kita jarang mendapat ilmu kerana kita kurang mendengar.Kadang-kadang petunjuk itu ada , di depan mata tapi kita cuma mahu bercakap.Kita tidak mahu dengar.Kita itulah yang buta,tuli dan pekak. Kita mahu disangka baik, kita bising menghebahkan …

Continue Reading

Entri 76: Bateri

cerita Uncategorized

“Terima kasih  Kak Rina.Tolong saya ambilkan goodies ni” Berkali kali dia mengucapkan terima kasih. “Tak apa, kebetulan lalu jalan rumah.”Kak Rina menghulurkan beg goodies berwarna kuning. “Rumah kamu kat mana?” “Tu dekat saja.Tadi jalan kaki dah separuh tapi tiba tiba rasa takut so terus patah balik drive.” “Haah,iyala.Gelap tempat ni.” Setelah mengucap selamat jalan, Nurindah …

Continue Reading

Entri 75 :Kebaikan rawak

cerita Uncategorized

Penunjuk aras petrol berkelip kelip dari semalam.Perlu isi minyak sebelum pulang ke kampung.Pagi pagi lagi Nurindah menuju ke Caltex berdekatan,duit di dalam dompetnya cuma tinggal kurang RM20,dia berdoa agar ada mesin ATM ada di Caltex tersebut.  Maaf.Out of Service. Terpampang kertas A4 di mesin ATM.Nurindah menggaru kepala,hendak tak hendak dia cuma boleh  isi petrol RM10 …

Continue Reading