Che Salmah kehairanan kenapa orang menjauhi dia. Orang tidak menyahut dan seolah-olah memulaukan dia. Dia menulis status di Facebook "Tak apalah kalau orang tak suka, yang penting Allah suka." Ada beberapa like. Kemudian dia menaip lagi. "Aku ni tak baik, orang lain semua orang baik. Aku seorang saja jahat. Tak apa Allah itu Maha Adil." Ada beberapa like. Tetapi bukan dari mereka yang terdekat, mereka yang sepatutnya terasa dengan status-status yang dikemas kini. Begitu hari-harinya berlalu. Kehairanan, kenapa orang tidak suka aku? Aku seorang yang bercakap benar, kenapa? Malah bukan sekadar di Facebook, di Whatsaap dan apa saja. Sudah tiada siapa yang menyahut. Dia menganggap mereka kejam dan sengaja memulaunya sedangkan mereka sebenarnya keliru dan tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk menenangkannya. Kerana setiap kali mereka berkata, ada sahaja yang tidak kena. Putar semula. Dia seorang yang berumur mungkin 40 an. Seorang yang berhati baik sebenarnya cuma kata
Bunga berkembang, layu kemudian gugur. Lumrah alam. Selagi pohon mampu berdiri, bunga kan sentiasa tumbuh, berkembang lalu gugur meninggalkan benih yang tak putus-putus. Cerita Namaku Nurindah berkisar tentang kehidupan berdasarkan pemerhatian dan idea penulis. ©Segala hak cipta terpelihara milik penuh penulis yang juga pemilik blog ini. Jika anda ingin berkongsi, sila sisipkan URL.